December 12, 2010

Resuck or Result?

Jumaat lepas, 10/12/2010 result exam aku untuk semester III telah di released dengan jayanya. tak leh blah betul ayat. tapi, aku tak excited terhegeh-hegeh nak tengok. tapi perasaan gila serabai cuak gila ape la jadi ngan result aku ni. sebab apa tak excited? sebab dari pengalaman lampau traffic website student portal UiTM sangat sesak dan suck time result keluar. ok jangan saman saya berkata begini, ampun. ini hanya kritikan membina dari saya wakil student lain jugak. sem lepas, 1 hari lebih-lebih baru aku dapat tengok result. dok refresh je student portal. memang haus F5 kat keyboard lappy.

Hari khamis sehari sebelum result dalam pukul 12, ade update status fb "result dah keluar, cek la". erk, bukan esok ke. maka aku pun sapantas kilat masuk student portal. oh hampa. takleh masuk dah busy. just keep trying. tak boleh. malas dah. ade orang cakap UiTM terlepas awal result. ade la yang sempat cek. pastu dah takleh. malam tu aku bukak page dia cakap nak hantar email result by 9.30 pm malam tu. oh baguslah ! tapi aku cek tak de pun. pagi esok lepas subuh aku sesaja bukak email mana tau kan, ya Allah, ade email result. mahmahmah. cuak nak mati nak bukak. aku bukak jugak. aku dapat anugerah
timbalan dekan. ade ke? hahaha. pastu aku sambung tidur. pastu mimpi dapat 4 flat. dalam mimpi tu aku dah tau ini tipu. jadi aku tak bangun sambil terpinga-pinga, macam dalam drama melayu tu. nak tengok tak result aku?

Jadi, aku di sini aku sangat berbangga dengan langkah yang telah di ambil UiTM untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas untuk student access student portal time nak tengok result. bayangkan lah student ratusan ribu raban campur cawangan(assume, harap2 betul) nak masuk webpage yang satu tu dilengkapi dengan 3 server. ibarat rakyat 10 ribu semua nak buang
air dalam satu masa sahaja ade 1 pintu utama menuju ke 3 buah jamvan. gitulah kot. thanks sebab email result kitorang! saya sayang UiTM sentiasa di hatiku. ewah2.

http://www.emocutez.com

click to enlarge
4 flat? ehehe. takdelah. ini aku edit result aku sampai jadi sample. takde kerja kan aku.

December 7, 2010

Home Made Pizza

Hari ni, sebenarnya minggu lepas lagi. aku sangatlah mengidam nak makan pizza sebab ternampak iklan pizza dekat surat khabar sinar harian edisi kelantan. kan, tapi kedai jual pizza yang nama pizza hut tu sangatlah a thousand miles away apart from my house. aku orang kampung so kena la duduk kampung. agak jauh dan sangat tak logika kalau aku pergi semata-mata nak beli benda alah tu. dan kalau aku call 1-300-88-2525 confirm kena sumpah seranah dengan operator gila kau budak jauh nak mampus mesti mat motor delivery makan kau punya pizza dulu. ikut signboard dalam 45 km. haha kalah dan malu dekat mak buyung mengidam kalau aku pergi jugak. jadi , aku dengan rela hati pergi beli bahan-bahan nak buat pizza. senang je (ecece). aku pun dah pernah buat sebelum ni.

Yang tak berapa best dekat rumah aku takde la giant tesco bagai. ade pasaraya econjaya (famos amos kejap kau) yang not bad sebenarnya untuk keperluan asasi. tapi choice untuk cheese tak banyak sangat. tiada keju romanoso, tiada mozarela dan lain-lain. so, aku beli je cheesedale yang slice tu. tetap sedap ok (kat lidah aku la).

Ni resipi yang aku dah modified setelah bahan-bahan yang tak berapa nak cukup. simple je.

TOPPING
-1 labu bawang besar } cincang
-2 ulas bawang putih } cincang
-minyak masak
-1 biji tomato
-2 sudu besar sos tomato
-1 susu kecil sos cili
-isi ayam , isi udang , daging (sukahati la nak letak ape)
-daun oregano (kalau takde tak best) . hypermarket mesti ade jualnye
-garam secukup rasa lah

Cara-cara
1. Panas minyak
2. Masuk bawang besar & putih
3. Masuk ayam, udang, daging sampai wangi-wangi sikit
4. Masuk tomato sos
5. Masukkan oregano & garam

ROTI
-500 gm tepung gandum (3 cawan)
-2 sudu susu tepung (tak suke takyah letak)
-1 sudu yeast (wajib!)
-1 sudu gula (aku tak taruk)
-1 sudu marjerin/butter

Cara-cara
1. Gaul tepung & yeast
2. Larutkan garam & gula(kalau nak) dalam air
3. Cairkan marjerin/butter
4. Masuk bahan no (2) & (3) ke dalam adunan (1)
5. Uli sampai adunan licin . bulatkan dan simpan dalam bekas bertutup . lenser sedikit minyak kat bekas tu . biar ia kembang 40-60 minit . (pergi la buat dia punya topping)
Macam ni

6. Kemudian uli semula adunan untuk keluarkan angin (bukan kentut) . Canai adunan jadi leper dan sukahati bentuk kau suka .
7. Cucuk-cucuk dengan garfu dan letak cheese . biar kejap 15 minit .
Gini la aku buat

8. Letak dia punya topping atas permukaan roti pizza . Letak keju lagi sekali. Atas keju tabur lagi oregano. Best . Bakar suhu 180c dalam 15-20 minit . Tak masak lagi masuk balik.
Sedia untuk dibakar

Setelah 20 minit , aku keluarkan . Tak berapa nak masak . Aku masuk lagi 10 minit . Baru masak . Pastu tak ingat nak amik gambar sebab excited nak makan terus potong .

Eheh macam nak tapau pergi skola la pulak . ni nak simpan dalam peti . panaskan esok pulak makan . Aku nak makan sorang 1 petang memang tak habis ler
Selamat melantap

December 3, 2010

Proton Tuah , Proton Lekir, Proton Lekiu, Proton Kasturi, Proton Jebat

Have you heard about Proton Pahlawan ? They called it as a "concept car" or Proton replacement named by the name 5 famous Malay warrior Tuah , Hang Jebat , Lekir , Lekiu and Kasturi . So yeah, the new ones will be replacing all Proton cars in the future . Like whoa Malaysia 2020 katanya , aku tak faham sebenarnya tapi buat-buat faham la..


Proton Tuah

Proton Jebat


Proton Lekir

Proton Lekiu

Proton Kasturi




erk? tiba-tiba interframe. hehe ni dekat perigi hang tuah. kat dalam tu masih ada air. orang cakap air dia bagus banyak khasiat gitu le. entah la aku tak ambik port sangat. kat bawah ni makam tun teja. sejarawati betul aku melawat tempat macam ni hahah


**Kalau aku berjasa-diingati-dikenang-direspect-sampai masuk buku sejarah form 5 cucu cicit nanti, agak-agak diorang time tu ada bagi tak nama Proton Izzati? mahmahmah~

December 2, 2010

Terbang Kang !

Alkisah bermula ceritera apabila sang puteri turun ke langit, eh, naek ke langit berjumpa bidadara hensem bla bla (baca dengan nada mak yong atau wayang kulit). dah dah dah ! kau nak cakap apa sebenarnya ni melalut-lalut sampai awan kumulus dan nimbus nak-nak musim tengkujuh (dah nak masuk musim tenglapan dah pun) yang hari-hari hujan banjir nya idak. wei, semua orang tanak banjir ko nak pulak ea. best ape, boleh pergi main air banjir. bajet-pergi-la. bajet. padahal dok terkurung dalam rumah nak tengok matahari ikut tingkap pun malas sampai mak aku cakap kalau setahun kau berkurung macam ni boleh putih melepak kau. ciskek betul mak aku.


inilah bagaimana rupa banjir berdekatan rumah aku. perasan tak rumah tu tiang tinggi sebab memang sini tempat senang belaku banjir. rumah aku tak kena sebab dekat tanah lebih tinggi. *rumah kau sejuk macam tanah tinggi cameroon ke?*

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan


Tu baru selingan. selingan ke mukaddimah? yang tak berkait langsung. cerita-related-to-tajuk pendek je sebenarnya. selepas aku belajar kereta kat sekolah memandu syahbandar dekat tempat aku study, aku tak pernah lagi bawak kereta ayahanda aku yang mana gearnya manual. so, hari raya haji haritu aku ajak la abang aku teman aku bawak kereta tu. maseh tak berani bawak sorang-sorang time tu. bawak la pergi bandar. pergi pasaraya bla bla situ sini. lepas tu, pergi pasar besar barang-barang basah beli barang dapur mak aku. parking dekat kawasan yang agak berbukit sedikit.


Lepas siap beli, aku start kereta. start, nak gerak je mati. start lagi, gerak je mati. aku dah macam, ee bencinya ! abang aku pun tarik handbreak sebab situ bukit sikit. start enjin balik. then, abang aku suh aku tekan minyak and of course naikkan cluth skali kan dan dia tukang turun handbreak. gila la kau dua driver kot. aku ni tak tau la gelabah kot buat naik sikit je cluth (aku rasa dah banyak dah naik) tapi minyak punya la tekan. gila bunyi macam kereta proton dekat f1. tapi kereta tak gerak. haha.

Pastu ade la sorang brader ni kiri kanan pimpin anak menuju ke pasar, bini suruh pergi beli sayur la tu. dan dia dengan selamba lalu kot kereta aku, time tu buka tingkap tak pasang air cond. dia cakap apa? dia cakap
terbang kang dengan wajah yang sangat cool selamba. masa tu aku rasa nak baling-baling je stereng kereta atas muka beliau. haaha.

**kalau lepas dia cakap, tiba-tiba kereta aku keluar sayap terbang. aku rasa dia (dengan anak-anak sekali) terlopong keluar biji mata sambil cakap masinnya mulut ayah.

December 1, 2010

Apa Masalah Dia Sebenarnya?

Siapa tahu video miming paling popular di abad facebook masa kini? Okay, first time aku tengok video ni kawan aku yang share. pastu kitorang tengok sama-sama. masa tengok-tengok tu, kitorang gelak-gelak and cakap bongok-bongok dia ni sebab memang bongok tak boleh blah gila tapi kitorang layan je sebab time tu tengah study week kot. tengah stress study (konon) so, memerlukan hiburan yang tak terlampau sebab time tu kitorang dah tak mampu senyum sebab dok ngadap buku je doplohpatjam dan tak berkomunikasi sesama sendiri. (tipu tipu tipu kau tipu, padahal berpoya-poya je study week tu !)

Dalam pada dok tengok-tengok tu, each of us keep wondering, si tukang miming tu laki ke pompuan sebab dia pakai tudung pastu pakai cap atas tudung and lukis misai berserta janggut sekali.

"eh, dia ni laki ke pompuan ah..."
"laki la takkan pompuan buat kerja cani..." (orang pompuan buat kerja cerdik je?)
"pompuan la wey, tengok dia ada tulang pipi..."
"a'aa la wey, gile pompuan ni.."
"weyy, pompuan ekk? bodohnya beliau.."

Antara sedutan dialog kitorang yang aku ingat dan yang sesuai ditulis sahaja. gambar kat bawah ni yang aku print screen dari himpunan video dia dekat you tube. sekarang ni banyak dah lagu dia miming dan aku pasti dia sendiri yang upload menggunakan akaun you tube beliau. dia gelarkan diri dia cikgu shida dari parit. ooo, deme orang perak ghupenye. semua video dia tak boleh comment dan tak boleh download sebab embed code disabled by request. dia la yang setting kan. btw, aku jakun tak tau cara lain nak muaturun video youtube selain guna youtube downloader. ade ke? kalau ada jangan gelak aku.


kalau first time tengok, agak-agak korang cakap laki ke pompuan?

Selepas aku godek-godek you tube, aku jumpa la satu video dia yang bukan miming. oh, confirm dia pompuan dan dia adalah cikgu budak sekolah rendah ajar muzik. aku agak umor dia lewat 30-an dan tak kawin lagi. dia jugak ada page untuk di
like kat facebook dimana yang ini dia yang create. dan, tak ketinggalan ade page anti beliau dimana pelbagai cacian dan tohmahan ade kat sini. ye lar, buat kerja macam ni mana orang tak kutuk. dia ni kira mengaibkan diri sendiri la kan. sebab aib tu melingkari maksud maruah. dan dia macam tak menjaga maruah diri.

Ade dia miming lagu maher zain (lagu feberet kesukaan mak aku tuh), kalo la aku tunjuk mak aku mesti gelak-gelak guling habeskan ketawa dulu pastu baru marah-marah maki hentam keromo beliau, sebab memang tak tahan nak gelak dowh kalau tengok! btw, yang ini pun gila tak boleh blah.

Jadi, apa masalah dia sebenarnya. eh bukan-bukan, kenapa dia buat benda ni? ape yang menyebabkan dia? tujuan apa? tiada tujuan? suka-suka? suka hati? suka hati dia lah kan. ada aku kesah? memang aku kesah