June 25, 2010

KAH KAH KAH KETAWA BEDEKAH DEKAH

kadang-kadang perkara yang melucukan mampu dijadikan terapi-aromaterapi (aromaterapi ?) dikala diri di rudung kerudung kelubung selubung masalah, stress ataupun tekanan jiwa carca marba dan yang sewaktu dengan nya. terutama yang tak berduet berpoket tebal (memang la poket aku tak tebal aku letak duet dalam purse, agk2 purse aku tebal tak ?) nak pergi relax-relax kendiri kat SPA (bukan suruhanjaya perkhidmatan awam ek), sauna bagai tak pun bercuti kat pulau, pegi genting kota maksiat tu(bak kata mak aku sbb ade kasino). semuanya memerlukan duet tidak dapat tidak kena wat kuar duet.

ye lah org skarang kalau yg bkerjaya 'saya nk pegi bercuti kat pulau, naik gunung, terjun laut bla bla utk tenangkan fikiran saya. saya akn off phone'. kalau student lak 'weekend ni aku nak g genting, karok, timesquare, pkns, sek 2(bleh msk list jgk ke. . haha) , aku nk jerit kuat2 biar keluar sgala masalah aku, nak makan banyak-banyak biar aku gemok'. bla bla whatsoever.

so sebagai solusinya, korang layanlah something yang boleh wat korang gelak guling-guling (macam smiley kat YM tu) dgn tak pyh susah2 wat kuar duet banyak2 pon. jgn pakai sgt idea kurang cerdik aku ni. . haha . ni aku nak share dengan korang something yang aku kire lawak la sebab aku ngan adek aku yang senget sebelah tu gelak tak hengat bile tengok pic-pic tersebut( sbnr'y tak de la lawak sgt, aku saje je nak buat orang bagi high expectation. tgk2 tak lawak, pastu korang bengang. tu aku ske tuh ! hhee) .

tapi kalo korang cikit pon tak senyum, aku kire urat ketawa korang dah putus kot. urat kentut je beroperasi. wakaka. okeeey. tak mau bebel ntah pape. nanti byk dosa. layaan. zaaaas !!

before : rambut macam biasa, & after : rambut luar biasa.
cam rebonding tuu. gunalah sedal, nescaya nenek moyang anda tak ngaku cicit.




ni bagos untuk bini-bini tukang rumah, tukang kayu yang mengamuk nak mesin mixer. konon2 nak wat kek la. nah, bagi ni je. confirm senyap. kreatif inovatif kan. *nak try jugak lah guna yang ayahanda aku punye*



yang ni tak tau lah kurang bijak ke kurang pandai. haha. confirm penah repeat kertas math upsr (upsr mne blaja lg punca kuasa nie). cekgu cakap : kalo ko jumpe dua nombor yg sama @ bleh d bahagi tanpa baki antara denominator dan numerator, ko potong lah. potoongg ! tggl punca kuasa terkelip-kelip sekor. tp, time aku matrix dulu, ade jugak cekgu aku bebel pasal potong2 dalam punca kuasa. tp dorang ( ntah-ntah termasuk ak. haha) takdelah tgglkan surd cam tu je. myb dlm kes kat atas jadi square root of 1. ko cakap macam ko pro je buat keje cani zati.



klau yang blaja limit, jgn ler wat cani ye. putus urat perut lecturer anda nak gelak. no 8 telabik tu infinity. sebarang no bahagi ngan kosong dpt infinity. tak bleh blah kat bwh tu no 5 telabik ! wahaha.



aku assume budak ni ingat die tgh join contest 'cari barang tersembunyi'. cam dalam komik kawan yang anda baca dulu tu. miahaha



pandaii je ko ek. haha. aku da malas nak komen-komen. komen sendirik la ye


setakat ni lah saje perkongsian aku hari ni. bende2 cam ni bukanlah medium utk kite selesaikan ssuatu masalah. sekadar mhilangkan rasa ketegangan tu boleh la. apepun, kite perlu selesaikan mslah yg melanda, bukan lari dri mslh krna stiap permasalahan ade penyelesaiannya insyaAllah. yang pasti berdoa mengadu kpd yang ESA adalah yg terbaek. memetik kata2 . . .

June 18, 2010

Gulai Tempoyak

aku rasa nak makan gulai tempoyak ikan tilapia. ok, i will request to my paduka ibunda. mintak-mintak beliau rajin. kan?

ini versi ikan patin. en.google tak ade versi ikan tilapia



assalamualaikum . .

this is not my first entry. ;]p
sebenarnya belog ini telah lama lahir ke donia. if im not mistaken, this belog have been created since JUN 2009. elleh baru setahun je pon. haha. time tu aku baru habes matrik & tengah tunggu tawaran masuk unibesti. ade la 2 post kot aku sempat tulis. memandangkan aku ni tak berbakat besar dalam bidang penulisan neh, aku pon terus stop berbelog. sebab aku bace belog orang cam best je, tapi bila time aku bace belog aku sendirik, hoho nak gelak pon ade. cucu A.Samad Said pon tak minat nak sambung baca. tapi, tak ape lah.

post dulu ? haaa. post dulu aku dah delete pon. sebab aku tak tau ape yang aku bebelkan. bile bace balek, aku gelak sorang-sorang sebab memang aku bebel. dengan shortcut yang aku pon ta fahaam. ok, aku berhenti kat sini je. ta tau nak tulis hape pon.



April 27, 2009

SAYE BUAT BLOG LAH !

OBLADA OBLADU MATRIX LIFE

KOLEJ MARA KULIM 08/09
MATRIKULASI KPM

DINNER MALAM PERMATA GEMILANG

Gambar di atas menceritakan secebis peristiwa pada malam makan malam Permata Gemilang pelajar matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia kolej Mara Kulim. yeah, i feel great being here. haha great gilerr ! girls comel-comel kat atas ni adalah antara budak kuliah aku iaitu kuliah yang bernama kuliah G. result tak lama lagi nak release. semoga anda-anda succes. pilih course yang bersesuaian dengan minat dan result anda bersama-sama universiti sekali.

oh ya, aku dapat interview pengambilan guru matematik UKM. interview dekat USM kubang kerian. tak der la excited sangat. pergi je lah interview sebab ibunda aku yang bersungguh sangat. aku tak mau jadi cekgu ! satu lagi interview aku dapat USM course architecture, interview dekat USM penang. tak pergi lah. architecture? minat jugak sebenarnya. time form 4 dulu aku pernah bercita-cita nak amik archi dekat UIA. macam aku ni menolak rezeki ke? huhu.

so, ape yang kau minat? aku teringin sangat nak amik medical physics. this course only available at USM. aku mintak nie. first choice lagi. harapan nak dapat tak menaruh harapan sangat la. sebab dia amik 3.6 and above. aku agak-agak result aku paling tinggi 3.4. paling low 3.22. confirm betul ramalan aku ni ! lagi satu, sinaran perubatan dekat USM. kalau dekat UiTM panggil x-ray. sama jee. course ni ade kat 2 uni je. so, aku rase baek aku amek UiTM sebab dekat KL. tapi ibunda aku tak kasi sebab bahaya katanya. tapi sape yang nak blaja sape yang nak kerja sebenarnya ni? tengoklah dulu aku nak ikut kata hati ke camane. kadang-kadang cakap orang tua kena dengar jugak. kan? pening nya nak memilih jurusan. engineering? hmm, tak berminat sangat.

sekarang ni kiranya aku ada dua form. satu form USM dan lagi form Kemeterian Pengajian Tinggi (KPT). KPT ni merangkumi semua local university kecuali USM. USM dah standardized jadi Apex University. so, dia pilih sendiri student. kiranya tawaran untuk USM lebih awal, kalau dapat kita boleh tolak and KPT akan process form KPT kita. kalau kita terima tawaran USM, form KPT kita secara automatically batal. form USM tak diwajibkan isi pon. kalau berminat, isilah.