February 3, 2011

Krisis Mesir; Semoga Mereka Di Bawah Lindungan Allah

Semoga rakyat Malaysia merangkumi penuntut universiti, tenaga kerja dan lain-lain yang berada di Mesir akan selamat pulang ke tanah air Malaysia. adik aku, masih di Cairo. dia cakap pihak tajaan bagitau ada 2 kemungkinan. kalau dia tak pergi Jeddah hari ini, maknanya esok dia akan terus pulang ke Malaysia dari airport Cairo. semoga berjalan lancar dipermudahkan oleh-NYA. juga lagi sorang sepupu kat sana, menurut kakaknya dia akan naik kapal ke Jeddah hari ini. semoga selamat semuanya.

Ada sorang kawan sekolah adik aku dulu terpilih untuk penerbangan pertama ke Jeddah. yang pasti kedutaan utamakan perempuan. menurut adik aku, untuk mengelakkan rasa tak puas hati atau tak fair antara student medic, pengajian Islam, budak-budak negeri , kedutaan buat keputusan pick sikit-sikit. maksudnya sekarang, contohnya kalau budak n9 70 orang, kelantan 70 orang and negeri-negeri lain pun sama. setiap tempat dia akan pick. ada wakil la maksudnya, budak medic, pengajian Islam, budak kawasan Cairo, Iskandariah, Tanta, Mansoura dan lain-lain. untuk mengelakkan rasa dengki gitu la. menurut cerita adik aku. tapi yang pasti, dia pick pompuan dulu. adik aku pompuan jugak. tengah tunggu turn.

Tak kisah mana-mana pun asalkan dapat keluar cepat-cepat dari Kaherah. itu sahaja sebab keadaan semakin genting kritikal tahap orange nak-nak kalau US dan ISRAEL start campur tangan lebih-lebih. sekarang pun diorang memang dah masuk campur tangan pun.

**Kalau aku, tak nak balik Malaysia terus. duduk Jeddah barang seminggu-dua takpe. cantik oo bandar Jeddah. ada air terjun buatan kat tengah laut. haih. lebih-lebih pulak kau ea. asal selamat sudah. haa lagi satu kalau naik kapal laut balik Malaysia pun best. ada feeling ala-ala naik cruise gitu. cruise TLDM.

Juling di Pagi Hari

Putih mata hitamku. eh silap peribahasa pulak. juling mata hitamku. buat diagram optic. ray diagram telescope punya ! juling aku. entah apa-apa image aku dapat. rasa macam, betul ke aku buat ni? ni baru buat satu diagram. kena buat 5 diagram ! aigooh. aku telah memaksa diri bangun jam 8.30 pagi hari ini, semata-mata nak buat benda alah ni.
Sebab aku balik shah alam hari ahad. memang tak sempat nak buat. kalau balik sabtu, boleh buat hari ahad esaimen. lagi satu isnin tu ada test. test? waaa. maknanya aku kena belek buku la hari ini atau esok sahaja. atau kamu kecundang dalam test wave & optic itu. ahh.

Banyak benda aku nak settlekan balik rumah cuti ni sebenarnya. terutamanya hal berkaitan Industrial Training. tapi, pity me. tak settle tak settle sebab aku tak bertindak. pity me. pity me. ade sikit je lagi yang tak settle. yang company kena email resume. benda paling simple. aku tak buat. bengong. aku sakit hati jugak dengan diri aku sebenarnya. last-last balik settle dekat kolej jugak. dengan internet yang lembab. orang cakap sendiri fikir, sendiri buat, sendiri tanggung.

Kau bukan budak SPM lagi, nak tunggu kena ketuk-ketuk baru bergerak. ya, aku sedar tapi tak bertindak. adooi. apa la dugaan dok rumah sampai cenggini sekali. kalau bab-bab company yang kena pos memang dah lama settle. ada sikit lagi aku tambah company. nampaknya entry pendek yang aku buat telah jadi panjang berjela-jela. membebel dekat diri sendiri. InsyaAllah aku akan settlekan hari ini. hari ini sangat produktif nampaknya. banyak benda aku nak buat. chaiyok chaiyok zati !

Sudah sudah. aku mau buat sama ini optic dr kamil esaimen. semoga aku buat sampai habis. tak berhenti di simpang pulai. eh eh eh? whatsoever lah...