October 21, 2011

Turun. lagi?

Cukup sebulan masuk kampus, aku cek berat. sebab rasa makin kurus. ok fine. i lost 2 kg. what?? kuat sangat ke study. memang tak sebab aku study time nak test je. setakat ni baru ada 2 test. hua hua. hectic sangat ke life as final year student. it doesnt actually, setakat ni tak lagi. lepas ni ada la. tak ada kaitan langsung, setakat ni. ok aku dah final year *sambil tampar-tampar pipi sampai pink*..

Makan macam biasa macam dulu-dulu tapi still turun. aigoooo. haritu saja-saja singgah dekat herbalife booth. diorang ada supplement untuk gain weight. mak datuk rm 300 ++ per month kau ! mak tak mampuuu ~

August 9, 2011

Renovation in progress



NotSoPermanentHousemates

Bayangkan. ceceh. rumah yang sementara aku diami dalam 3 bulan untuk latihan industri di diami 6 orang. semuanya kuliyyahmate aku. semuanya menjalani latihan industri. tapi yang da boom nya 5 out of 6, semuanya birthday dalam jangka masa kami duduk rumah tu. kesian yang sorang tu ! haha.

Yang pertama mencemar duli adalah aku, 14 Jun. aku mandi, tiba-tiba nak keluar toilet gelap. pastu diorang nyanyi-nyanyi happy birthday bagai bawak kek lilin sambil amik video aku yang naked baru keluar toilet. ceit.

Yang kedua mencemar duli adalah Mira, 27 Jun seminggu selepas bday aku. kitorang surprisekan Mira dengan tutup lampu bilik time tu die tengah gayut dengan pak we Mesir die kut. haha kalau Mira baca ni confirm mengamuk. tapi tak berapa nak surprise sebab time nak pegi pasang lilin die nampak wahahha tapi beliau buat bodoh saje.


Yang ketiga mencemar duli adalah Wani, 2 July juga seminggu selepas bday Mira kat atas ni. penat tak agak-agak sambut bday tiap-tiap minggu? haha. yang ni, Wani keluar rumah amik barang dengan makcik die, die masuk rumah kitorang dah siap-siap tutup lampu tunggu die buka pintu je. terus surprise kan ! nyanyi-nyanyi and so on..

Yang keempat mencemar duli adalah Sheila, 13 July juga seminggu selepas bday Wani. budak ni kaki tidur awal. kitorang memang cuak dah takut-takut die tidor. sebab kalo die tidor, memang sudah sikit nak bangun. memang die dah tidur time kitorang nak celebrate tuh. tapi nasib baik senang jugak nak bangun. maybe tak tidur lagi kut time tuh, tengah berangan. kot? macam biasa, nyanyi-nyanyi. . .

Yang kelima dan terakhir mencemar duli adalah Adiy, 22 July juga seminggu selepas bday Sheila. yang ni kita kasi lain sikit lah. kek pun dah besar kira advance lah sikit. selalu celebrate kat rumah je, kali ni kat Sani Kuew Teow. recommended ! kuew teow die best bravo ! sambil-sambil tengok Chelsea vs Msia. aku bagi pihak housemates juga nak ucapkan tq dekat Mr.Din yang sudi simpan kek dekat rumah die dulu and bawa kek ke warung ! juga tq untuk Mr.Burn yang sudi belanja kami !

Inilah housemates aku selama 3 bulan praktikal. Dari kiri, aku, Put, Mira, Adiy, Sheila, Wani. Put lah gerangan yang out of 5 tuh ! haha sian ko Put. tak pe Put, ada ubi ada batas ada hari kami balas ! tungguuuu~ heheh

Perasan tak, kami memang tak ada modal nak surprise. asyik-asyik tutup lampu je. memang. best jugak main baling-baling telur kunyit neh. tapi best jugak nak kemas-kemas mop lantai kan? pastu nak buat prank-prank best jugak kan? tapi, tak pe lah kita buat cara paling terpuji. haha. lagi satu, nampak tak revolusi kek-kek di atas? makin advanceeee kot. bayangkan 5 minggu berturut-turut makan kek. hahaha

August 7, 2011

Delete

Sedang gigih mendelete email yang tak pernah aku delete sejak beberapa tahun yang lalu. email ni aku create since form 4 kalau tak silap. sebab tu nama dia macam kanak-kanak ribena sikit strawbery bery bagai. har har har. lama dah aku nak buat email baru, gmail. nak buat nama yang lebih mature. mature? awww awww. ok tak payah nak mature sangat lah kann. yang penting aku senang nak sebut, orang senang nak tulis or vice versa whatsoeva yang penting memudahkan dan ada nilai commercialiaze and marketable. ok, commercialiaze and marketable tu boleh blah. haha. tapi tak terbuat jugak, sebab dah banyak benda aku guna email nih. tapi segan jugak kalau orang tanya, berbelit-belit lidah nak sebut. aishhh

18640 inbox

June 23, 2011

Time creeps by so slowly when you are waiting

Waktu minggu first praktikal, ya ampun serious lama nak mati rasa seminggu tu dah macam sebulan tunggu menjelangnya weekend. pejam celik pejam celik, aku sudah berada di minggu ke-6. bermakna tinggal 6 minggu lagi praktikal. sekejap sahaja masa silih berganti berlalu. tanpa disedari. erk, tapi kerja aku tak siap-siap lagi. kerja apa? kalau rajin aku cerita.

my daily routine. turun tangga 5 tingkat. okay, rumah aku 5th floor tambah G floor aku kira 6 tingkatlah. tiada lif. then, jalan-jalan menyelusuri 2 3 biji blok rumah flat lintas jalan tunggu bas seranas. kat sini banyak choices public transport. sebenarnya, bukan banyak pun 2 je, rapidKL n Seranas tapi kekerapan trip menyebabkan ia bukan masalah besar kepada warga penduduk kat sini ke sana ke mari termasuklah aku yang tak punya transport sendiri a.k.a kereta. kalau motor gua surrender gua tak berani bawak area shah alam walaupun aku punya lesen b2 yang sah di cop sirim.

aku prefer bus seranas. sebab apa? sebab tambang 50$ je nyah ! mana you nak cari key ell ni ! tambang bus sekolah aku kat kampung dulu pun 80$. rapidKL punya tambang 1.00 $. tapi macam biasa, aku naik bus seranas bersama 1 Malaysia. indon, bangla, india, cina juga kadazandusun. haha. mak aihhh. tak sah kalau tak berdiri area tangga. ding dong ding dong, sampailah sirim. jalan lagi. jauh gila lagi ke dalam sirim.

sampai lah kami kat ofis. actually, aku and my friend a.k.a housmate. kadang-kadang kami menyinggah di kafe dulu beli kuih-muih seringgit dua buat pengalas perut sebelum lunch time.

June 18, 2011

Happy Father's Day

father. the greatest gift i had

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your MOTHER
Who next? Your MOTHER
Who next? Your MOTHER
And then your Father

June 15, 2011

Growing Old Is Mandatory, Growing Up Optional

happy birthday ** to me ! angka itu. sungguh tak ku sangka dah ** tahun aku hidup. err. dah boleh ngundi la tapi kan. tapi kan nak undi colour ape ek. merah hitam kuning kelabu. yang mana pilihan kalbu? oh dah stop kalau merapu memang kau pandai. jom kita makan kek :)

di ofis. tq mereka mereka yang terlibat !

di rumah. bersama housemates. im really really really appreciate it ! thanks my buddies !

June 12, 2011

internship


this is my department. the main is Engineering Consulting Centre --> Joining & Inspection Services Section --> NDT Laboratory. i do my intenship at NDT laboratory. NDT stand for Non - Destructive Testing. if u wanna know further about NDT, u're allow to google.

monday blues ! yeah. im really on it. what a heaven weekend ! but im not gonna say what a hell weekdays. monday is always blues until you come to friday. actually, i wanna vlog about my practical training, for my future reading. but yeah what the seth tan im quite lazy to write. oh ya, im following nora elena. that was influenced by my housemates.


sedang berlakon buat kerja

scar

what i can say. that was just like putting lime on a scar. what did u feel ? for sure u will feel nothing unless the wound still not recover. for this storyline condition, the wound had changed to scar already and can never be a wound.

scar. is it possible for scar to return wound ? i think it is impossible, but it will become possible if the wound not completely recover BUT u thought that was completely recover. in other words ; scar. externally, it looks scar. but we don't know.

for diabetic person, it is not much easy *i don't know medical term for that EASY term* for them to recover after wounding due to diabetic reasons. i have no intention to explain this if u wanna know just ask the good one, the medical doctor for brief explanation.

life. they say, life goes on. we can compare life with something in universe, for more understanding. i tot ? macam, hidup seperti roda, kadang-kadang di atas, kadang di bawah. that my words mean. so, i don't want myself to be like diabetic person. where the wound not easy to recover ; not easy to become completely a scar.

when it fully a scar. then, u can use MEDERMA. hahaha




notajari : kita rasa ia parut, tapi bila tekan sikit rasa sakit. its ok lambat sembuh lambat laun sembuh jugak, tapi jangan tambah bernanah-nanah pula. berat mata menengok berat lagi hati me@#$%^. haih whatsoever lah.

May 11, 2011

Bila mau naik ?


Aku rasa aku perlukan exercise yang istiqamah pada tiap-tiap petang dalam usaha untuk menaikkan berat badan. sekian.

Fuhhh

Berhabuk. bersawang. cehh, nak jugak sebut ayat lapuk typical blogger yang lama tak update blog. sekian lama sudah dalam 2 bulan begitulah. puncanya sebab internet dekat kampus lambat barangkali, juga tiada idea. oh, maknanya dekat rumah la sekarang. yup !

Namun, aku cuti tak lama seperti mahasiswa mahasiswi yang lain. 4 bulan ohh. aku terpaksa menjalani latihan industri. praktikal atau kata lainnya. bermula minggu depan sampai seminggu puasa. lama takkk lama takk. takpe, shifting to another phase of life. this is about practicing, learning and gaining some/a lot of knowledges. aku akan buat yang terbaeeek ! selagi aku mampu. Ok. aku tak ada mood nak cerita lebih. byee


disinilah tempat aku akan praktikal. Sirim Shah Alam
aku bukan kerja kat gerobok kecik kat depan ni heh. bangunan kat belakang tuu
pi mai pi mai tang tu jugak. Shah Alam.

February 3, 2011

Krisis Mesir; Semoga Mereka Di Bawah Lindungan Allah

Semoga rakyat Malaysia merangkumi penuntut universiti, tenaga kerja dan lain-lain yang berada di Mesir akan selamat pulang ke tanah air Malaysia. adik aku, masih di Cairo. dia cakap pihak tajaan bagitau ada 2 kemungkinan. kalau dia tak pergi Jeddah hari ini, maknanya esok dia akan terus pulang ke Malaysia dari airport Cairo. semoga berjalan lancar dipermudahkan oleh-NYA. juga lagi sorang sepupu kat sana, menurut kakaknya dia akan naik kapal ke Jeddah hari ini. semoga selamat semuanya.

Ada sorang kawan sekolah adik aku dulu terpilih untuk penerbangan pertama ke Jeddah. yang pasti kedutaan utamakan perempuan. menurut adik aku, untuk mengelakkan rasa tak puas hati atau tak fair antara student medic, pengajian Islam, budak-budak negeri , kedutaan buat keputusan pick sikit-sikit. maksudnya sekarang, contohnya kalau budak n9 70 orang, kelantan 70 orang and negeri-negeri lain pun sama. setiap tempat dia akan pick. ada wakil la maksudnya, budak medic, pengajian Islam, budak kawasan Cairo, Iskandariah, Tanta, Mansoura dan lain-lain. untuk mengelakkan rasa dengki gitu la. menurut cerita adik aku. tapi yang pasti, dia pick pompuan dulu. adik aku pompuan jugak. tengah tunggu turn.

Tak kisah mana-mana pun asalkan dapat keluar cepat-cepat dari Kaherah. itu sahaja sebab keadaan semakin genting kritikal tahap orange nak-nak kalau US dan ISRAEL start campur tangan lebih-lebih. sekarang pun diorang memang dah masuk campur tangan pun.

**Kalau aku, tak nak balik Malaysia terus. duduk Jeddah barang seminggu-dua takpe. cantik oo bandar Jeddah. ada air terjun buatan kat tengah laut. haih. lebih-lebih pulak kau ea. asal selamat sudah. haa lagi satu kalau naik kapal laut balik Malaysia pun best. ada feeling ala-ala naik cruise gitu. cruise TLDM.

Juling di Pagi Hari

Putih mata hitamku. eh silap peribahasa pulak. juling mata hitamku. buat diagram optic. ray diagram telescope punya ! juling aku. entah apa-apa image aku dapat. rasa macam, betul ke aku buat ni? ni baru buat satu diagram. kena buat 5 diagram ! aigooh. aku telah memaksa diri bangun jam 8.30 pagi hari ini, semata-mata nak buat benda alah ni.
Sebab aku balik shah alam hari ahad. memang tak sempat nak buat. kalau balik sabtu, boleh buat hari ahad esaimen. lagi satu isnin tu ada test. test? waaa. maknanya aku kena belek buku la hari ini atau esok sahaja. atau kamu kecundang dalam test wave & optic itu. ahh.

Banyak benda aku nak settlekan balik rumah cuti ni sebenarnya. terutamanya hal berkaitan Industrial Training. tapi, pity me. tak settle tak settle sebab aku tak bertindak. pity me. pity me. ade sikit je lagi yang tak settle. yang company kena email resume. benda paling simple. aku tak buat. bengong. aku sakit hati jugak dengan diri aku sebenarnya. last-last balik settle dekat kolej jugak. dengan internet yang lembab. orang cakap sendiri fikir, sendiri buat, sendiri tanggung.

Kau bukan budak SPM lagi, nak tunggu kena ketuk-ketuk baru bergerak. ya, aku sedar tapi tak bertindak. adooi. apa la dugaan dok rumah sampai cenggini sekali. kalau bab-bab company yang kena pos memang dah lama settle. ada sikit lagi aku tambah company. nampaknya entry pendek yang aku buat telah jadi panjang berjela-jela. membebel dekat diri sendiri. InsyaAllah aku akan settlekan hari ini. hari ini sangat produktif nampaknya. banyak benda aku nak buat. chaiyok chaiyok zati !

Sudah sudah. aku mau buat sama ini optic dr kamil esaimen. semoga aku buat sampai habis. tak berhenti di simpang pulai. eh eh eh? whatsoever lah...

January 31, 2011

Suai Kenal Blogger Baru : Edisi Februari

Mau join ini Ben Ashaari punya segmen lah. untuk keterangan lebih lanjut,
sila klik banner di atas
Pendapat mengenai web http://www.1tube.my/
  • Agak menarik. nampak kebanyakan video yang diupload adalah Malaysian punya. Keep it up for the web owner. moga-moga boleh mengatasi you tube. hehehe. Moga-moga lebih kaya dari owner you tube.
Pendapat : DUNIA BLOG DI MALAYSIA SEMAKIN MENARIK KERANA....
tidak kurang dari 100 patah perkataan...
  • Blogger terdiri dari segenap lapisan umur masyarakat. dari budak-budak form 2, kepada student2 IPTA/S sehinggalah mak-mak bapak-bapak makcik-makcik dan seterusnya. content yang pelbagai dan contest yang menarik. juga boleh membina tali persahabatan dari alam maya ke alam realiti. contohnya, gathering antara blogger.

January 30, 2011

Lembap ke Lembab

Minggu lepas time aku nak tulis status kat facebook nak merepek pasal internet yang slow. tiba-tiba terconfuse. eh nak cakap lembab ke lembap?

Sebelum tulis tu aku try search. actually aku search pakai search engine bing kalau tak silap sebab tu default search engine dekat pc fakulti yang aku guna. malas nak masuk google. first aku try lembab. keluar la kek coklat lembab. so aku buat buat conclusion, ok confirm lambat = lembap. tanpa ragu-ragu aku buat kesimpulan dan aku juga tak try search lembap.

Penggunaan yang betul adalah,

  • Tanah Lembap
  • Siput Baby yang Lembab

siput baby yang lembab berjalan di atas daun yang lembap

geli dowh tengok skin structure siput baby ni

Masa time form 3 dulu, ingat lagi Cikgu Murni ajar bm. masing-masing confuse kawasan pendalaman ke pedalaman? penggunaan yang betulnya adalah,

  • Kawasan pedalaman
  • Proses pendalaman lubang untuk menanam cerucuk

Krisis Mesir & Keadaan Pelajar Serta Rakyat Malaysia

Aku dah terbaca ni dekat http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
Pastu jumpa dekat blog.ariff pulak
Dan aku jumpa merata-rata dekat fb orang dok share
Pastu segala macam berita yang kurang enak di dengar

Just reblog this from blog.ariff,

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got
home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog
Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook:
Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter:
DyyaDizarch
Blog:
Nadia-ism
YM:
nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

Apabila Suara Rakyat Jadi Bulat; Sebulat Suara - please step down Encik Hosni Mubarak

Beberapa hari lepas tapi aku tak ingat hari apa. ada la jugak belek-belek berita harian, bernama online. ada la nampak title Mesir Bergolak, Egypt bla bla. tapi aku tak concern sangat la buat tak endah. senang kira aku tak baca pun content dia walaupun adik aku ada belajar kat sana. time tu aku pikir, ala timur tengah memang suka buat kacau. tak serius pun ni. begitulah mentaliti aku ketika aku baca tajuk berita tu.

Lagi satu sebab aku online dekat fakulti, bukan tengah senang lenang lepak kat bilik. nak cari journal pasal solid state ke apa aku tak mau ingat lah. kalau tengah online kat bilik confirm aku baca content dia. haih tak mau cakap banyak lah pasal wifi yang tak berapa nak menjadi dekat bilik aku tuh. bikin panas saja.

Tup tup semalam macam makin teruk la pulak jadinya. rakyat diorang yang buat demo tu dah sampai dekat kawasan adik aku, Cairo. diorang buat demonstrasi lepas solat Jumaat. talian internet dekat sana dah di tutup untuk mengelakkan maklumat sampai dengan secepat kilat ke seantero dunia. Alhamdulillah talian fon masih available.

Semalam bapak aku ada call adik aku. nasib baik jugak beliau tengah cuti sebab baru lepas exam. so takdelah rugi sangat sebab gov sana dah keluarkan perintah berkurung. kalau tengah ada kuliah kan ke rugi. pastu nak ganti kelas balik apa semua. tu yang tak best. kalau tak payah ganti, tak pe. itu best. haha dasar betul kau zati.

Adik aku ada la sempat cerita sikit-sikit. lepas gov off kan talian internet. dia off fon. pastu dia buka balik. suka hati dia je mentang-mentang berkuasa. *tiba-tiba*. pastu gov ugut nak putus bekalan air, letrik semua. semua ni sebab nak mematahkan perjuangan rakyat mereka yang merusuh tu. tapi tak de effect. rusuhan masih berjalan lancar. adik aku cakap perintah berkurung dah dikeluarkan. hari Jumaat geng rumah diorang dah keluar pergi beli makanan banyak-banyak sebab takut kebulur mana tau isyhtihar darurat. tapi time tu dah takut-takut nak keluar memang bawa pasport memanjang.

Sekarang ni dokumen penting dah ada dekat tangan. maksudnya dalam keadaan berjaga-jaga. in case embassy bagi arahan. ok siap-siap kamu semua akan balik Mesia. zas sepantas kilat boleh balik. gitu la lebih kurang. sekarang ni kalau keluar setiap orang akan pegang kayu atau at least batu. untuk menyerang atau mempertahankan diri kot. aku rasa orang awam yang tak terlibat kot pegang batu kayu tu. lepas tu banduan merata-rata terlepas. polis dah tak berkuasa. diorang tak ada polis diraja kot. ada police je. tiba-tiba je aku melalut lagi.

Sekarang ni just doakan keselamatan adik aku & rakan-rakan seperjuangan serta sorang sepupu aku kat sana semoga sentiasa dilindungi Allah. mintak jauh dari segala malapetaka serta segala yang kita tak mau. Nauzubillah.

Mengikut adik aku, fyi, beliau budak scholar Amanah Raya. Amanah Raya dah meeting pagi tadi and tengah tunggu arahan dari wisma putra untuk langkah selanjutnya. samada bawa pulang ke Msia atau tindakan keselamatan yang lain. tapi duit dah siap-siap dalam bank untuk beli tiket. tiket sendiri tanggung you! aku mati-mati ingat diorang tanggung. mengikut sepupu aku yang kat sana melalui akak dia, Msia tengah bincang dengan gov Mesir nak wat masuk kapal terbang TUDM nak angkut student. cenggitu ler. sekarang aku rasa mereka tengah memerhati keadaan samada akan semakin teruk. macam tu.
Rakyat Mesir melakukan tunjuk perasaan besar-besaran mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur. beliau dah 30 tahun ++ memerintah Mesir sekarang umur beliau 84 tahun kalau tak silap. election Mesir beberapa minggu lalu pun tak telus. ada pengundi hantu ke apa ke. Wallahualam

January 26, 2011

Eh Cuti Pulak

Ahh. masa. cepat sangatlah. aku rasa. cepat. cepat. rasa baru je datang. dah nak cuti balik. cehh, statement. macam tak suka cuti je. tipulah. aku suka je cuti. sebab balik rumah. apa orang kata tu. home is where the heart is.

Minggu depan cuti lagi. seminggu. ikut takwim universiti, dia cakap cuti midsem. what the? mid la sangat. quartersem selayaknya. baru 4 minggu datang. bukan aku tak suka cuti ni tapi cuti ni awal sangat. so, there will be no BREAK for another 3 months afterward. lama tu.

Dan seperti biasa. kalau cuti mesti buat balik sekali segala esaimen. sekadar syarat. kalau tak rasa guilty kalau tak bawak balik. hahaha. sekadar buat balik. pastu angkut balik U semule. dengan tiada sebarang perubahan. itu perkara bukan luar biasa. dan ia telah melanda diri aku sejak aku form 3 lagi. zaman dok asrama balik rumah cuti penggal. eh lama la pulak tak sebut cuti penggal. penggal kepala aku selalu sebut.

Apa-apa pun, cant wait going home. kenapa la suka sangat balik kampung. itu aku tak pasti. human nature kot. eh bukan. student nature.

Huahhh. sudah jam 11.50 pm. esok ada kuiz mingguan solid state. every thursday. sudah baca? belum bah. note semalam tak salin lagi. semalam terpaksa ponteng kelas beliau. maaf prof. kekeke. saya punya sebab sangat konkrit. sebab nya tak perlulah review kat sini.