August 9, 2011

Renovation in progress



NotSoPermanentHousemates

Bayangkan. ceceh. rumah yang sementara aku diami dalam 3 bulan untuk latihan industri di diami 6 orang. semuanya kuliyyahmate aku. semuanya menjalani latihan industri. tapi yang da boom nya 5 out of 6, semuanya birthday dalam jangka masa kami duduk rumah tu. kesian yang sorang tu ! haha.

Yang pertama mencemar duli adalah aku, 14 Jun. aku mandi, tiba-tiba nak keluar toilet gelap. pastu diorang nyanyi-nyanyi happy birthday bagai bawak kek lilin sambil amik video aku yang naked baru keluar toilet. ceit.

Yang kedua mencemar duli adalah Mira, 27 Jun seminggu selepas bday aku. kitorang surprisekan Mira dengan tutup lampu bilik time tu die tengah gayut dengan pak we Mesir die kut. haha kalau Mira baca ni confirm mengamuk. tapi tak berapa nak surprise sebab time nak pegi pasang lilin die nampak wahahha tapi beliau buat bodoh saje.


Yang ketiga mencemar duli adalah Wani, 2 July juga seminggu selepas bday Mira kat atas ni. penat tak agak-agak sambut bday tiap-tiap minggu? haha. yang ni, Wani keluar rumah amik barang dengan makcik die, die masuk rumah kitorang dah siap-siap tutup lampu tunggu die buka pintu je. terus surprise kan ! nyanyi-nyanyi and so on..

Yang keempat mencemar duli adalah Sheila, 13 July juga seminggu selepas bday Wani. budak ni kaki tidur awal. kitorang memang cuak dah takut-takut die tidor. sebab kalo die tidor, memang sudah sikit nak bangun. memang die dah tidur time kitorang nak celebrate tuh. tapi nasib baik senang jugak nak bangun. maybe tak tidur lagi kut time tuh, tengah berangan. kot? macam biasa, nyanyi-nyanyi. . .

Yang kelima dan terakhir mencemar duli adalah Adiy, 22 July juga seminggu selepas bday Sheila. yang ni kita kasi lain sikit lah. kek pun dah besar kira advance lah sikit. selalu celebrate kat rumah je, kali ni kat Sani Kuew Teow. recommended ! kuew teow die best bravo ! sambil-sambil tengok Chelsea vs Msia. aku bagi pihak housemates juga nak ucapkan tq dekat Mr.Din yang sudi simpan kek dekat rumah die dulu and bawa kek ke warung ! juga tq untuk Mr.Burn yang sudi belanja kami !

Inilah housemates aku selama 3 bulan praktikal. Dari kiri, aku, Put, Mira, Adiy, Sheila, Wani. Put lah gerangan yang out of 5 tuh ! haha sian ko Put. tak pe Put, ada ubi ada batas ada hari kami balas ! tungguuuu~ heheh

Perasan tak, kami memang tak ada modal nak surprise. asyik-asyik tutup lampu je. memang. best jugak main baling-baling telur kunyit neh. tapi best jugak nak kemas-kemas mop lantai kan? pastu nak buat prank-prank best jugak kan? tapi, tak pe lah kita buat cara paling terpuji. haha. lagi satu, nampak tak revolusi kek-kek di atas? makin advanceeee kot. bayangkan 5 minggu berturut-turut makan kek. hahaha

August 7, 2011

Delete

Sedang gigih mendelete email yang tak pernah aku delete sejak beberapa tahun yang lalu. email ni aku create since form 4 kalau tak silap. sebab tu nama dia macam kanak-kanak ribena sikit strawbery bery bagai. har har har. lama dah aku nak buat email baru, gmail. nak buat nama yang lebih mature. mature? awww awww. ok tak payah nak mature sangat lah kann. yang penting aku senang nak sebut, orang senang nak tulis or vice versa whatsoeva yang penting memudahkan dan ada nilai commercialiaze and marketable. ok, commercialiaze and marketable tu boleh blah. haha. tapi tak terbuat jugak, sebab dah banyak benda aku guna email nih. tapi segan jugak kalau orang tanya, berbelit-belit lidah nak sebut. aishhh

18640 inbox