Beberapa hari lepas tapi aku tak ingat hari apa. ada la jugak belek-belek berita harian, bernama online. ada la nampak title Mesir Bergolak, Egypt bla bla. tapi aku tak concern sangat la buat tak endah. senang kira aku tak baca pun content dia walaupun adik aku ada belajar kat sana. time tu aku pikir, ala timur tengah memang suka buat kacau. tak serius pun ni. begitulah mentaliti aku ketika aku baca tajuk berita tu.
Lagi satu sebab aku online dekat fakulti, bukan tengah senang lenang lepak kat bilik. nak cari journal pasal solid state ke apa aku tak mau ingat lah. kalau tengah online kat bilik confirm aku baca content dia. haih tak mau cakap banyak lah pasal wifi yang tak berapa nak menjadi dekat bilik aku tuh. bikin panas saja.
Tup tup semalam macam makin teruk la pulak jadinya. rakyat diorang yang buat demo tu dah sampai dekat kawasan adik aku, Cairo. diorang buat demonstrasi lepas solat Jumaat. talian internet dekat sana dah di tutup untuk mengelakkan maklumat sampai dengan secepat kilat ke seantero dunia. Alhamdulillah talian fon masih available.
Semalam bapak aku ada call adik aku. nasib baik jugak beliau tengah cuti sebab baru lepas exam. so takdelah rugi sangat sebab gov sana dah keluarkan perintah berkurung. kalau tengah ada kuliah kan ke rugi. pastu nak ganti kelas balik apa semua. tu yang tak best. kalau tak payah ganti, tak pe. itu best. haha dasar betul kau zati.
Adik aku ada la sempat cerita sikit-sikit. lepas gov off kan talian internet. dia off fon. pastu dia buka balik. suka hati dia je mentang-mentang berkuasa. *tiba-tiba*. pastu gov ugut nak putus bekalan air, letrik semua. semua ni sebab nak mematahkan perjuangan rakyat mereka yang merusuh tu. tapi tak de effect. rusuhan masih berjalan lancar. adik aku cakap perintah berkurung dah dikeluarkan. hari Jumaat geng rumah diorang dah keluar pergi beli makanan banyak-banyak sebab takut kebulur mana tau isyhtihar darurat. tapi time tu dah takut-takut nak keluar memang bawa pasport memanjang.
Sekarang ni dokumen penting dah ada dekat tangan. maksudnya dalam keadaan berjaga-jaga. in case embassy bagi arahan. ok siap-siap kamu semua akan balik Mesia. zas sepantas kilat boleh balik. gitu la lebih kurang. sekarang ni kalau keluar setiap orang akan pegang kayu atau at least batu. untuk menyerang atau mempertahankan diri kot. aku rasa orang awam yang tak terlibat kot pegang batu kayu tu. lepas tu banduan merata-rata terlepas. polis dah tak berkuasa. diorang tak ada polis diraja kot. ada police je. tiba-tiba je aku melalut lagi.
Sekarang ni just doakan keselamatan adik aku & rakan-rakan seperjuangan serta sorang sepupu aku kat sana semoga sentiasa dilindungi Allah. mintak jauh dari segala malapetaka serta segala yang kita tak mau. Nauzubillah.
Mengikut adik aku, fyi, beliau budak scholar Amanah Raya. Amanah Raya dah meeting pagi tadi and tengah tunggu arahan dari wisma putra untuk langkah selanjutnya. samada bawa pulang ke Msia atau tindakan keselamatan yang lain. tapi duit dah siap-siap dalam bank untuk beli tiket. tiket sendiri tanggung you! aku mati-mati ingat diorang tanggung. mengikut sepupu aku yang kat sana melalui akak dia, Msia tengah bincang dengan gov Mesir nak wat masuk kapal terbang TUDM nak angkut student. cenggitu ler. sekarang aku rasa mereka tengah memerhati keadaan samada akan semakin teruk. macam tu.
Rakyat Mesir melakukan tunjuk perasaan besar-besaran mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur. beliau dah 30 tahun ++ memerintah Mesir sekarang umur beliau 84 tahun kalau tak silap. election Mesir beberapa minggu lalu pun tak telus. ada pengundi hantu ke apa ke. Wallahualam