December 30, 2010

Off to Shah Alam Tonite

Awal nya kau balik shah alam. rindu bebenor kau gamaknya dekat shah alam. hoi sorry siket! huh.

Aku balik malam ni. waaa. tak mau tak mau. tapi apakan daya aku kena balik jugak. shah alam rindu aku tahap hyperbola dah. sebenornya, balik shah alam dengan akak aku dia cuti 4 5 hari lepas.

Emm. dapat bilik aras 6. tak kisah pun aras berapa.
Asalkan ada lif.
Dan yang terpenting dapat wifi.

aku harap bilik dapat wifi
saya harap bilik dapat wifi
semoga harap bilik dapat wifi
harapan harap bilik dapat wifi
dimakbulkan harap bilik dapat wifi

Tajuk sebenar entry hari ini adalah sampah sarap.
Sekian.

December 29, 2010

Aummm! Tahniah Malaysia!

Neno-neno-neno. siaran langsung dari Stadium Gelora Bung Mukhtar. ah ape nyah? oh maafin sama gue. yang benarnya Stadium Gelora Bung Karno. itu mata pinar-pinar omongnya terpancar sama itu laser ba mau menaip enggak nampak sih. ok dah berterabur aku nak cakap indon habis campur cina india sabah.

Yeah! lompat-lompat sambil ketul-ketuk perut. aku sebagai awek ke-21 Khairul Fahmi @ apek rasa sangat bangga dengan beliau. your magnetic hands save the world babe! untuk kenal awek no-1 beliau, klik sini.
Opocot! mak.engkau.tebalik
**ini bukan gambar tadi**

yeeba yeeba

Keseluruhannya, tahniah pasukan Malaysia. untuk pasukan bibik, esok anda tak cuti. basuh pinggan seperti biasa. heheh jangan maree.

Menatang Binatang

Shit! ye anda tahu shit? ye anda tau menatang binatang bernama kucing? yang suka shit! merata-rata sampai atas microwave pun dia buang shit!. dah la shit! kau bau macam hape tak boleh buat perbandingan sebab bau shit! kau paling tershit! antara shit! shit! yang lain.

Adoi binatang betul la menatang ni. aku asyikkk dok uli tepung nak buat pizza. pastu pergi nak cairkan butter guna microwave. dang! tiba-tiba ada 2 3 ketul shit! atas tu wekkkk dah la cairrr. maafkan aku tercarut sikit. blueeekk!

Macam ada otak pulak kucing ni. berniat mengkhianat. tau-tau je aku nak guna microwave arini. dendam dengan aku agaknya 2 3 hari lepas aku sepak dia. muahahahha. padan muka. sebab dia curi ayam yang nak goreng. mak pak aku selalu bagi makan dekat kucing ni tapi tak jinak pun. masuk rumah aku nak makan je. lepas tu tinggal sisa shit!. watafak lu. haih. geram.

Aku selalu ada konflik dengan taik kucing setiap kali cuti sem. grrr

December 28, 2010

Kuliyyah Mau Start Sudah??

Ahhh. sedih la pulak nak tinggal rumah lepas sebulan lebeh-lebeh bercuti sakan dan sakai. malas malas malas. ye aku memang pemalas. bab-bab habiskan beras mak ayah aku rajin. OMG (oh memang gila) college life will begin itself just a few days in such quite fast & furious moment interval. tengok takwim akademik bulan 4 dah exam. percayalah ia akan berlalu dengan begitu cepat, mesra dan pantas serta tangkas sekali. yang pasti nak tempuhi onak duri semalu selama 4 bulan yang dikatakan singkat tu tak semudah masa yang berlalu bagai angin bertiup sepoi-sepoi bahasa jawa siam.

SEMICONDUCTOR TECHNOLOGY
WAVES AND OPTICS
ASTROPHYSICS
MATHEMATICAL METHODS IN PHYSICS
SOLID STATE PHYSICS
SPECIAL TOPICS IN ADVANCED PHYSICS
MANDARIN LANGUAGE

Saje letak list subjek sem depan. aku tengok-tenung-tengok dengan wajah yang tak ada perasaan. bagus!
"encik einstein buang tebiat time tengah fikir relativity theory"

aku bukan anak-beranak saudara-mara beliau
kenapa fizik, kenapa aku
ngeheheheh

December 26, 2010

3-0

Malaysia menang bergaya 3-0 ke atas Indonesia pada final pertama Piala Suzuki AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil. perghh bergaya gitu. Tahniah Malaysia.

Pesanan untuk pasukan bibik, jangan lancar mogok besar-besaran ye esok. kesian majikan anda. lagi satu jangan pakat-pakat beli laser pastu pergi tonyoh pulak kat mata majikan anda. kesian majikan anda. kang buta pulak. dia tak bersalah. kesian majikan anda. okay cukup 3 kali aku ulang ayat sama.

Harapan jumpaan lagi sama kamu dong di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

December 25, 2010

500 BLOG !


Nak masuk senarai 500 BLOG ! jugaklah

Aku nak berbelog sebab aku boleh baca balik nanti lagi 5 tahun
dan boleh cari kawan maya ramai-ramai.
boleh tau pasal hidup yang orang lain share. dapat info cepat.
lagi satu sebab boleh buat fulus jugak kot. hahaha
ok itu saje !



Kadang-kadang

aku rasa down

December 24, 2010

Oh! Belut

Pagi tadi aku teman mak aku pergi Pasar Minggu Sabtu. biasalah tiada apa yang menarik pun barang-barang dapur, kain baju, makanan(yang ni menarik perhatian aku jugek hehe)
tak beli pape ke kak. window sopim je?
**akak-akak ni takde kaitan dgn aku pun**

Tadi, the worse ever driving i had. i hope this is first and the last. berhenti dekat traffic light aku kereta ke-5. nak gerak, kereta mati. insiden itu berulang sampai 4 kali. start-gerak-mati. aku bawak wira manual ok. aku dah agak improve dah sebelum ni rasanya. adehh. nasib baik kereta belakang tak HON HON. maybe dia cakap,
"oh perempuan, patutlah. ". ini ayat tipikal ok! takpe mereka tak bersalah. lagipun niat aku murni nak bawak mak aku pergi pasar. kuikui.

Kali ke-5 dah boleh jalan, aku agak laju sedikit sebab lepas geram. teett. lampu kuning pastu merah. kereta belah merah tadi dah start jalan. tiada pilihan melainkan berlanggar
nauzubillah aku pun brek mengejut. habis berterabur barang belakang. mak aku pun begitu akibat inertia. arghhh. aku benci jadi begini. nak balik tu lagi sekali aku emergency break walau sebab motor bengong tapi aku rasa aku yang fail. jadi aku rasa hari ini aku fail, loser, bolok dan lain-lain. haha. Ya Allah jauhkan aku dari malapetaka.

Ok dah. nak cerita pasal belut. dok round-round tu lalu ikut gerai jual ikan. gerai ke apa orang panggil eh? whatever lah kan. kat situ ada 2 besen belut yang masih hidup. mesti sengat ada lagi kan. dan aku pun geli kan pegang. anak-beranak ular kot tapi ada insang sebab tu halal makan (mak aku, 2010). mak aku cakap. tapi ada 3 orang penternak belut tak berijazah tengah dok main-main dengan belut. berani betul dak-dak kenit ni.
2 orang penonton setia dan hos rancangan mari geli bersama beluttengok tuu dia pegang tu. nanti besar boleh masuk fear factor budak ni

Cuti IPTA Akan Diselaras ?

Sekadar rumours? fakta atau auta? ramai dah aku nampak student-student dok bercakap hal ni. Kementerian Pengajian Tinggi (katanya) akan selaraskan cuti bagi semua IPTA dimana semesta baru akan bermula pada September pada 2011. maknanya start bercuti semesta pada JUN-SEPTEMBER sebab nak start pengajian pada September. mak aih lama wa cakap sama lu. hampir 4 bulan. kejang saraf otak dan otot aku dibuatnya.

Tapi aku dok suruh pakcik Google cari info yang berkaitan takde la pulak. bermacam-macam keyword dah aku taip. tiada bukti yang keluar sebab tu aku cakap rumours. tiada tiada dan tiada. tapi,
tiada angin masakan pokok bergoyang? dan, aku tak suka-tak suka-tak suka kalau diorang betul-betul nak rombak takwim. sebab :

1. Lagi lambat la aku grad. merugikan masa. ceh, sejak bila pandai menghargai masa. oit,
masa itu emas

2. Elok-elok je 2 semesta 1 tahun. lepas ni dah susah dah nak kira-kira sem. tak best tak best

3. Kalau dia buat tarikh buka semesta betul-betul sama setiap U, mau tak berebut beli tiket bas. nak-nak aku budak Kelate yang ramai bijak-pandai masuk U. eheh jangan maraa readers aku bukan bersifat Assobiyah berpuak-puak gitu cuma memuji rakan senegeri saja
eee seksanya
gomo kelate gomo

4. Cuti mesti dah tak sama dengan cuti sekolah. cuti sem skarang lebih kurang school holiday je. bln 6, bln 12. btw, kenapa kau kisah sangat ni ada anak sekolah ke zati? ke laki cikgu?

5. lagi lagi lagi?? tak konkrit betul alasan. kalau bawak naik senat kena tolak mentah-mentah

December 23, 2010

Cermin Mata Boleh Mempengaruhi Personaliti

Contest : Iphone 4 ke Blackberry Torch

Ok. nak join contest ini yang tak susah pun. hanya vote sahaja. contest ni dekat blog brader symuzammir.

I vote Iphone 4 ! diulangi Iphone 4 ! hoyeaah silalah beli yang ini !!~~
nak tau lebih lanjut pasal contest ni?
klik sini

Contest Into The Mirror

Ok saya nak menunaikan tag dari adik Mimi ni.
Nak tau lebih lanjut pasal contest ni boleh klik dekat banner ni yawwn


Saya pilih gambar ini !


Cerita perihal gambar ini:

Gambar ni diambil time kitorang 3 orang dalam gambar tu dari depan aku, riri, sibah tengah buat coursework third language punya subjek yakni Bahasa Mandarin. gambar tu dekat PKNS, Shah Alam je. kami kena berlakon dan buat shortdrama dengan mengaplikasikan apa yang kami belajar. salah satu tajuk dalam silibus adalah berkenaan dialog ketika menjual-beli pakaian antara peniaga dan pelanggan. kami kena lakonkanlah di kedai jual kain baju.

So, kami mintak kebenaran untuk berlakon dalam kedai tu dengan taukey kedai tu dan dia kasi. tq aunty! nampak tak backgroud tu baju-bajan. nampak tak, nampak tak? oh ya, kenapa kami tak buat dekat butik forever 21 ke, voir ke, zara ke, maysaa ke, baru howwtt kan? sebabnya diorang tak kasi merakam gambar. kalau tak dah lama aku shooting kat Pavillion. last sekali orang Melayu jugak baik hati kasi kami berlakon. tq lagi skali. eh eh adakah ini berbau perkauman. aku rasa tak sebab aku tengah selsema tak bau apa-apa.

Susah tak nak berlakon? susah kalau kau asyik gelakkk je. tapi lagi mencabar part nak edit biar jadi drama. macam harrraaamm lappy buat hal, hang lah, buat 70% kena start balik dan lain-lain. ok itu sahaja kalau tak saya bebel tak berkait banyak lagi.

Ok Puan Blog. Selamat pilih pemenang.
kalau saya dapat lagi baguih !

Tag:
Petom
Cik Maya
Mimi

Lidah bercabang

Aku perasan kalau aku nak menulis tentang sesuatu perkara tu mesti cerita benda lain dulu dok menyimpang ikut lain dulu. bila dah start cerita aku boleh lagi tukar haluan pastu cerita asal dok tergantung tak bertali takde turning point. kuikui. adakah aku termasuk dalam genre....


lidah bercabang?

ATAU


talam dua muka?

Mengikut bukan kamus dewan,
Talam Dua Muka : depan lain, belakang lain
Lidah Bercabang : kata-kata yang tidak dapat dipercayai

I DO HATE BOTH !
Emoticon

Dua-dua bukan aku. aku budak baik.

Pencapaian PMR yang terbaik

Sedikit saja sentuhan pasal tajuk entry. Aku rasa setakat aku pandai tengok berita, baca paper, berita pasal result exam tak pernah tak terbaik kot. ayat contoh, "pencapaian upsr/pmr/spm pada tahun ini meningkat dari tahun-tahun yang lalu dimana bla bla....." ok dah stop.

Apa-apa pun tahniah pada yang rasa dirinya telah berjaya mendapat yang terbaik mengikut ukuran sendiri. bukan ukuran sekolah, saudara-mara atau pejabat pendidikan daerah. kalau ikut diorang sah-sah 8A 9A baru berjaya. idak? PMR je pun kalau aku cakap nothing kang ada yang cakap melampau pulak kan. tapi kalau kau tak ambik PMR kau boleh masuk U dengan syarat wajib ada SPM lah. kalau tak ada SPM? sorry naik lorry la.

Tapi kalau tak ambik PMR aku tak sure boleh ambik science stream ke tak form 4 form 5. jadi PMR juga penting untuk menentukan hala tuju arah laluan kita samada lebih berkebolehan dalam bidang sains, akaun, sastera, teknik, atau vokasional/kemahiran serta lagi-lagi. eh lain-lain. yang pasti setiap individu dicipta dengan kebolehan masing-masing.

Yang aku tahu budak-budak Maahad Tahfiz Pulai Condong tak ambik PMR. kalau nak ambik juga kena jadi calon individu tumpang sekolah lain. tapi antara diorang ni ada yang ambik medic, engine dan bidang-bidang sains lain. maknanya ambik science stream la tu walau tak ambik PMR. entahlah nanti aku buat survey.

Tiba-tiba terkenang zaman aku PMR dekat Maahad Muhammadi Perempuan( MMP). i can't describe by words how i miss those moments! really miss it until my tears drop when i look at the pictures. tengok gambar-gambar hiba pula rasa. emo! sangat suka-duka berada di sini. lepas tengok gambar-gambar dulu, i wonder-wonder why i could just put a quick decision to end up studying here until form 3. why huh?

Aku pun tak pasti. aku nak kelas sains dan aku dapat kelas sains kat sini. walaupun ada 7 kelas sains dan nama aku dekat 5 sains 7. bukan itu yang aku kisah. tak pelik pun sebab budak 9A dah 2 kelas jadi aku ni wajarlah kelas ke-7. haha. result PMR tahun ini 109 orang dapat 9A MMP. CONGRATULATIONS ! IM PROUD BE PART OF EM !

Aku kat sini. nakal, dengan geng-geng yang sama nakal. aku ingat aku jahat sebab selalu je buat kesalahan. biasalah budak sekolah all-girls memang nakal. orang cakap. aku pun sokong jugak. tapi, selepas aku transfer ke sekolah menengah harian, i realize that im just nakal-nakal-budak-budak instead of jahat.

Dekat sekolah menengah i meet the true jahat/liar mean. nanti lain entry aku nak tulis kisah aku dok asrama la pulak. macam best la pulak cerita kisah lampau. eheh lampau la sangat. gambar kat atas ni time nak masuk Maghrib kitorang kena naik surau solat berjemaah.

**Gaya aku menulis macam ada orang baca pulak blog aku kan. ade ke orang baca? kihkih

December 20, 2010

Lagi Dan Lagi

Nahas demi nahas melibatkan bas kita dengar macam dah saban hari sebab sekarang makin menjadi-jadi pula kan. macam berbelit je ayat aku ni. berita-berita macam ni sangatlah menghantui penumpang-penumpang bas tegar terutama sekali student lah macam aku ni. tidak dapat tidak bas lah menjadi penghubung silaturrahim antara budak-budak ni dengan mak pak kat kampung time cuti-cuti. hanya iringan doa dan tawakkal sahaja mengiringi perjalanan semoga segalanya dibawah lindungan-Nya dari segala malapetaka.

Tidak cukup nahas ngeri jalan raya(bas) pada tarikh comel 10.10.10, beberapa hari selepas itu menyusul lagi beberapa kejadian nahas. kalau tak silap 4 tragedi. sangat trauma. segelintir berkata purata rakyat Malaysia menemui ajal atas jalan raya. sangat menyedihkan.

Juga kata-kata mereka, rakyat negara lain seperti di sebelah Eropah, Jepun pun sama sangat berhemah di atas jalan raya. mereka memandu laju tetapi sangat cekap dan berhemah. betulkan kalau salah ya. timur tengah juga tak terkecuali walaupun mereka terkenal dengan sikap biadap apabila memandu. bukan biadap sebenarnya, tetapi itu adalah budaya mereka yang agak kasar dalam apa jua situasi dan mereka tidak pula mengelaskan sebagai biadap. mungkin negara mereka tiada slogan budi bahasa budaya kita.

Semalam, kita dikejutkan lagi dengan nahas terburuk jalan raya(bas) di Simpang Pulai mengorbankan 28 nyawa. 28 termasuk 25 pelancong Thailand balik melancong dari Cameron Highlands terbunuh.

This is believed to be the worst road accident in the nation's history. the vehicle hit a divider and overturned on its way down from Cameron Highlands.

"The driver was trying to negotiate a sharp bend but failed, causing the vehicle to hit a divider before overturning."
"The bus landed on its roof in a ditch about 51m away from the divider."

The impact killed 22 of the victims on the spot. five at the Raja Permaisuri hospital. another 10 injured while 2 of the men were said to be in critical condition.

The accident occured at KM15 of the Cameron Highlands-Simpang Pulai road at 11.40am. the bus was heading to Kuala Lumpur from Cameron Highlands. the impact of the crash was so severe that bodies were flung several metres away from the wreckage while others were trapped deep in the mangled vehicle.


Oh Gelang Tangan

Masa sem 1, lepas raya puasa. alkisah time raya tu mak aku telah menggedik menyuruh aku dan adik aku si timah pakai segala rantai emas leher dan tangan. sejak dari umor 3 tahun lagi begini dimana tatkala menjelang hari raya ke-14 mak aku bagi arahan "berus segala barang kemas kamu menggunakan berus gigi buruk berserta colgate(dulu) tapi sekarang mukmin. dijamin-halal-oleh-Jakim.

Tujuan dia untuk bagi rantai tu berkilat balik sebab dah kena daki-daki kat badan mengikut teori mak aku. makanya aku dan adik aku 2 beranak pun ikut le arahan. dulu-dulu patuh la sebab sekolah rendah tak boleh pakai barang kemas. tapi dalam hati "ala tak boleh menunjuk kat kawan-kawan sekolah".

Lepas raya tahun lepas, entah macam mana aku tak ingat buka rantai tangan sebelum balik U. mak aku pun tak ingat nak ingatkan. rantai leher memang aku pakai-buang-pakai balik. selepas exam final sem 1, aku ada join xpdc panjat Gunung Ledang. so, aku buka la gelang tu letak dalam kotak atas meja solek rumah kakak aku. seingat-ingat aku memang aku letak situ. lepas tu cek-cek tak ada. aku dah gubra. adess. camana ni. cari-cari memang takde. akak aku pun pelik sebab dia tak buka pun kotak tu.

Ke aku letak mana? takkk aku letak situ. balik kampung cuti sem + raya haji mak aku tanya mana gelang. pucat sikit. aku jawab tertinggal. jaga elok-elok bukan 2 posen beli tu. ujar mak aku suriyus.

Balik U and then cuti balik kampung lagi. mak aku tanya lagi. aku cakap tertinggal. "ala adee" sambil sengeh-sengeh. aku rasa berdosa di situ. dan persoalan tu berulang-ulang setiap kali aku balik. tapi mak aku dah curiga. aku pun tak tau nak cakap cemana. curiga-curiga pun raya aritu suruh aku pakai gelang jugak yang spare ke dia amik mana. nampaknya mak aku masih menaruh kepercayaan aku menjaga harta.

Hitung-hitung dah cukup setahun aku berdolak-dalik. ciss. tanggung dosa. maka tadi mak aku tanya lagi aku pun berterus-terang dengan muka sememeh aku. mak aku pun "aku dah agaaak dah budak ni dari haritu lagi" bla bla bebel-bebel sikit.

Aku :
nati kijo ore gati ke mak hok mahal lagi ehh (nanti kerja orang ganti kat mak gelang yang lagi mahal lah)

Mak : aku ingat tuh aku ingat sambil beliau sengeh-sengeh

Gelang tu lebih kurang camni la ada campur emas putih sikit. tapi yang aku lagi lawa la(nak jugaaaaak).

Ok kalau ada sesiapa yang terjumpa di mana-mana jangan amek eh. terus bagi kat aku tau. tapi sememangnya ini adalah harapan palsu. kalau jumpa safe duit gaji aku(ini 2 tahun akan datang). kihkih. tapi janji sudah di meterai menurut mak aku. aku akan ganti. wuwuwu. salah aku jugak. apa salah aku?
Emoticon
Ampun Makkk

December 18, 2010

Ape Yang Best Semester 4 ?

okay, terimalah kenyataan ini. kau dah nak masuk sem 4 dah pun. almost 2 years you are here struggling + laughing + crying + facing up and down + learning + observing + grouping + getting know peoples + walking + attending + play truancy + hating + playing + running + jogging + drama + acting + throw money around(aku beli barang berpaedah loh) + .. + .. + tak tau la weh banyak gila tak terhitung dijari keyboard nak menulis.

Ape yang best? tak tahu lagi sebab aku tak bela doraemen nak pergi masa depan. hanya mampu berharap yang baik-baik sahaja dan kalau yang tak elok pun dapat di hadapi + di selesaikan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuan nya.

Berbalik, sesuatu yang best pada sem 4 yang bakal menjelang tiba ialah aku dah tak de ko-kurikulum ! yeayyyy ! aku sangat kurang minat, tensen sebab hari sabtu. kau tau sabtu ! for me, that's mean. kejam ! pukul 10.00-12.00 tengahari . kira tambah campur tolak 1.00 p.m la aku siap. sangat senget sungguh spoil hari sabtu sebab dia aku tak boleh buat apa-apa. tiap-tiap sabtu sepanjang semester selama 3 sem. rugi kau rugi sebab jumaat tu aku kelas sampai doblas je(in case la kawan aku ajak balik umah dia mandi air terjun ke. kan dah rugi).

Kalau buat 8.00-10.00 a.m pun aku dah kira ok. tak kisah bangun pagi. serius weh dalam hal ini aku tak berkira bangun pagi. ponteng? kalau nak repeat subjek ko-k ni silalah. wa tak sanggup lu ! max 2 hari tak datang kelas. so, aku dah reservekan siap-siap 2 hari itu untuk kegunaan yang lebih berfaedah iaitu balik kampung pada bulan ramadhan baru-baru ini. lagi satu hari aku dah siap-siap ponteng. kahkah.

Semester 1, camping dekat Ulu Yam tak silap. kami sedang dizalimi
Time ni pakai putih je sebab baju kembara tak dapat lagi

Jadi banyak lah plan aku dengan budak-budak ini yang terbengkalai. InAllah akan aku langsaikan habis-habis sem ini. eh, nak pergi study ke poyo-poyo? tak de lah ni niat sampingan. berjalan dan bermusafirlah untuk melihat kebesaran-NYA. niat study tu memang dah sebati dalam lubuk hati paling dalam dah. cewahh !! bangga mak.

Berbaju kembara. pakai spek itu najwa, dan itu sibah. baru balik latihan

YAY !! SAYA SUDAH GRAD KO-K !

Emoticon
Yuhuu yabedabedu
**perasaan nak naik bulan**

December 17, 2010

2 minggu lagi aduhai

oh tidak ! tidak ! cuti sudah mau habes. lebih kurang 2 minggu sahaja lagi aku dapat berheaven di rumah. seriyes heaven. kenapa? sebab aku tak perlu fikir duniawi. ye la kata heaven. oh tidaklah begitu sebenarnya. yang pasti aku suka walaupun kadang-kadang bosan. aku suka duduk rumah sebab :

- tak ada kelas, pastilah kan. nama pun cuti

- hari-hari boleh bangun lambat. kalau dok U weekend dengan hari kelas lambat je lah bangun lambat. setakat ini kelas paling lambat 10.30 a.m.

- tak perlu pakai tudung sauk cardigan time nak makan. dok kolej turun makan cafe. wajibla tutup orat kan

- tak payah tahan kerongkong makan makanan cafe yang super duper boring tambah-tambah masakan panas yang semakin lama semakin buruk benor rasanya tambah-tambah lagi kedai siam feberat dah lari balik thai. got no choices ! tak sure pulak diorang penyokong baju merah ke putih. ke tak berbaju? buffet tengahari ok la lagi bagi aku tapi jarang sangat sebab tengahari dok fakulti

- boleh o9 doplohpat jam pakai stimik yang lari agak laju berbanding wireless U. ok la dia bagi wifi aku dah sujud syukur. tak sanggup aku nak memelihara berukband yang mana rata-rata pengguna berukband dari pelbagai cap mengomel akan tahap kelembapan di kawasan shah alam

- juga boleh buka facebook, you tube dan lain-lain website yang di block oleh uitm (pada hari kerja office hour) pada bila-bila masa mahu tanpa tunggu 5.00 p.m dan weekend. walaupun aku bukanlah peminat ketat-obses-fanatic facebook. iyee ke?

- boleh buka peti sejuk bila-bila masa anda mau

- tak payah berus sental baju pakai tangan

- tak payah berebut naik bus, jalan kaki balik kelas ngadap matahari petang panas kau tahu.

Situasi pagi isnin( hari ni girls digalak pakai baju kurung) di pondok menunggu bas uitm : para pelajar kelihatan ayu semuanya mengenakan pakaian tradisional melayu dipadankan dengan shawl yang dililit sampai nak terbelit. ciri-ciri wanita melayu terakhir jelas kelihatan lebih-lebih lagi apabila mereka membawa file(kosong) yang dipeluk di perut. nampaknya mereka sangat teruja untuk menghadiri kuliah yang bermula pada 8.30 a.m kerana masih ramai kat bus stop time tu tunggu bas. dan tidak semena-mena keayuan sekelip mata hilang apabila mereka ternampak kelibat bas sejauh 300 m. gila time nih semua dah transform jadi resaksa gorgon nak mengamuk ! termasuk aku jugak ! miahaha. bila lagi kan? pagi-pagi dah ada terapi sebelom masuk lecture. cool aite? tak cooooool !!

Juga jumpa monyet odw ke fakulti. monyet-monyet bijak, sebab masuk u

**apsal aku macam suka letak gambar monyet je**

**actually, aku tak adalah berkira sangat dengan hal-hal di atas. tu bukan semuanya aku tulis senaraikan. sebab idea dari akal tak datang. tapi jika anda bertanya atau membuat survey kepada mahasiswa/i, majoriti sangat bersetuju barangkali. duduk rumah mempercepatkan kadar pengaratan otak dan melemahkan sendi-sendi jari sebab lama tak pegang pen. bluek ! poyo kau ! booo sama dia !! yang pasti aku tak beli tiket lagi. tak mau, tak mau

December 14, 2010

Kesempurnaan

Semalam chat YM dengan kawan aku tiba-tiba dia tanya caner nak jadi orang sempurna dan memiliki kesempurnaan. orang putih kata perfection gitu. dia mengigau ke hape aku tak sure lah tiba-tiba kan. tapi aku kawan yang baik hati layan-layan ayam je lah. bagi aku la, ecece, kesempurnaan ni macam infinity kot. tehee he.

Sebab kita tak tahu infinity tu berapa, kat mana. undefined. kalau belajar limit calculus (hambek kau aku buat-buat faham) tu, limit boleh menghampiri infinity tapi tak boleh menyentuh garisan infinity tu. kan kan kan? so, sama la kesempurnaan. hannah montana cakap NOBODY'S PERFECT. kita boleh berusaha ke arah kesempurnaan tapi kita tak akan sempurna. satu sebab kita manusia tak lari dari buat salah. satu lagi kita tak tahu sempurna tu bagaimana ciri-ciri. tiada penetapan. adakah kaya? banyak harta? (benda sama je padahal) banyak ilmu? bahagia? dan lain-lain. jadi, isokay to make mistakes but dont repeating the same mistakes.

"Experience is the name every one gives to their mistakes"
-Oscar Wilde-

December 13, 2010

I told myself please do something benefits this freaking desire sem break !

Ahh. i tot i just wasting my time doing nothing past 3 weeks of this sem break. i means the beneficial one. but what the hell i am suppose to do. yeah sometimes im getting so bored that mightly turn to insane. hahaha. i just felt that way yesterday but just now i am normal human being.

huh !! nok wak gapoo ehh.
**ni bukan aku tau**

Kilogram

Cita-cita cuti sem. nak makan banyak sikit and non-stop. means, lepas makan nasi aku makan lagi, depan laptop ade makanan. haa kantoi makan dalam bilik. salah ke? tapi cara aku guna pakai tu tak tau betul dan berkesan ke tak. main hentam je. tujuan, nak tambah berat la. aku ni underweight ringan sangat ribut cikit dah terbang kot. BMI aku 17 which is < 18.5 maknanya underweight.

Selepas 2 minggu 4 hari aku mengamalkan cara pemakanan sedemikian yang entah betul entah tidak janji aku cuba makan banyak, maka aku pun timbang la. ohh agak hampa. kalau naik 500 g pun aku dah cukup bersyukur tapi, you know MANTAIN sahaja. tsssk sodih eden lagu ni. tinggi nya metabolik kau. tapi, aku tetap syukur-syukur-syukur kerana masih di beri kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t. bukan ape aku tengok diorang ni cuti sem baru seminggu dah kecoh berat naik. wa nak gak kecoh. lagi satu aku dah la dok rumah mana guna energy nak naik turun bukit bangunan macam kat U. pendek kata memang rilekss til the max lah! kalau ada lemak memang tak terbakar lah ! ade lemak ke? kalau naik sikitt pun ok la.


Kalau nak banding gaya hidup dari segi pemakanan pun agak berbeza kat U. time lunch pukul 10 pukul 11 (awal lunch?) kat fakulti makan burger, buah-buah, kuih muih, roti canai gitu je. breakfast sebelum pergi kelas aku buat air milo je. kadang-kadang tak menyempat pun sebab bangun lewat. tehee. kat sana 2 3 hari je dalam seminggu makan nasi 2 kali. hari-hari lain 1 kali je time makan malam. kat rumah, pagi nasi, petang nasi, malam nasi. lepas makan duduk diam ngadap laptop. in between tu makan macam-macam lagi aku suh mak aku beli kueh le. aku wat kueh le. ehh, rajin jugak kau eh. tehee. tapi, tak naik jugak.

Maybe baru 2 minggu kot. takpe aku try tengok akhir bulan ni. tak best nye buat eksperiment kalau tak mencapai objective yang diramalkan. kan? ala macam kat report eksperiment tu, the objective of the experiment does not achived. kalau aku, suka objective not achieved sebab banyak modal nak tulis dekat discussion. itu dulu la masa darjah 3. ngek ! ok abaikan aku merapu.Aku pernah 2 kali mencapai berat ideal. cehh, ideal kau. first time form 3, aku dapat 47kg. happy siot lepas timbang. tapi aku tak merancang pun pemakanan aku untuk gaining weight tapi mak cik dewan makan yang tolong scedule kan. mahmahmah terima kasih macik. lepas tu form 4 aku pindah sekolah berat jadi cam asal balik 42-43 kg. 2nd time pulak setelah 3 bulan aku dok matrik berat aku 48kg, pergi rumah makcik aku dia pun tegur nampak berisi. ooh gembira aku. lepas beberapa bulan turun balik. ingat-ingat sem 2 kat U aku timbang 43.2kg. semalam timbang 42kg. ohh myy. keding nye aku. tapi lagi sekali, syukur-syukur-syukur aku sihat. aku tak sakit-sakit.


December 12, 2010

Resuck or Result?

Jumaat lepas, 10/12/2010 result exam aku untuk semester III telah di released dengan jayanya. tak leh blah betul ayat. tapi, aku tak excited terhegeh-hegeh nak tengok. tapi perasaan gila serabai cuak gila ape la jadi ngan result aku ni. sebab apa tak excited? sebab dari pengalaman lampau traffic website student portal UiTM sangat sesak dan suck time result keluar. ok jangan saman saya berkata begini, ampun. ini hanya kritikan membina dari saya wakil student lain jugak. sem lepas, 1 hari lebih-lebih baru aku dapat tengok result. dok refresh je student portal. memang haus F5 kat keyboard lappy.

Hari khamis sehari sebelum result dalam pukul 12, ade update status fb "result dah keluar, cek la". erk, bukan esok ke. maka aku pun sapantas kilat masuk student portal. oh hampa. takleh masuk dah busy. just keep trying. tak boleh. malas dah. ade orang cakap UiTM terlepas awal result. ade la yang sempat cek. pastu dah takleh. malam tu aku bukak page dia cakap nak hantar email result by 9.30 pm malam tu. oh baguslah ! tapi aku cek tak de pun. pagi esok lepas subuh aku sesaja bukak email mana tau kan, ya Allah, ade email result. mahmahmah. cuak nak mati nak bukak. aku bukak jugak. aku dapat anugerah
timbalan dekan. ade ke? hahaha. pastu aku sambung tidur. pastu mimpi dapat 4 flat. dalam mimpi tu aku dah tau ini tipu. jadi aku tak bangun sambil terpinga-pinga, macam dalam drama melayu tu. nak tengok tak result aku?

Jadi, aku di sini aku sangat berbangga dengan langkah yang telah di ambil UiTM untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas untuk student access student portal time nak tengok result. bayangkan lah student ratusan ribu raban campur cawangan(assume, harap2 betul) nak masuk webpage yang satu tu dilengkapi dengan 3 server. ibarat rakyat 10 ribu semua nak buang
air dalam satu masa sahaja ade 1 pintu utama menuju ke 3 buah jamvan. gitulah kot. thanks sebab email result kitorang! saya sayang UiTM sentiasa di hatiku. ewah2.

http://www.emocutez.com

click to enlarge
4 flat? ehehe. takdelah. ini aku edit result aku sampai jadi sample. takde kerja kan aku.

December 7, 2010

Home Made Pizza

Hari ni, sebenarnya minggu lepas lagi. aku sangatlah mengidam nak makan pizza sebab ternampak iklan pizza dekat surat khabar sinar harian edisi kelantan. kan, tapi kedai jual pizza yang nama pizza hut tu sangatlah a thousand miles away apart from my house. aku orang kampung so kena la duduk kampung. agak jauh dan sangat tak logika kalau aku pergi semata-mata nak beli benda alah tu. dan kalau aku call 1-300-88-2525 confirm kena sumpah seranah dengan operator gila kau budak jauh nak mampus mesti mat motor delivery makan kau punya pizza dulu. ikut signboard dalam 45 km. haha kalah dan malu dekat mak buyung mengidam kalau aku pergi jugak. jadi , aku dengan rela hati pergi beli bahan-bahan nak buat pizza. senang je (ecece). aku pun dah pernah buat sebelum ni.

Yang tak berapa best dekat rumah aku takde la giant tesco bagai. ade pasaraya econjaya (famos amos kejap kau) yang not bad sebenarnya untuk keperluan asasi. tapi choice untuk cheese tak banyak sangat. tiada keju romanoso, tiada mozarela dan lain-lain. so, aku beli je cheesedale yang slice tu. tetap sedap ok (kat lidah aku la).

Ni resipi yang aku dah modified setelah bahan-bahan yang tak berapa nak cukup. simple je.

TOPPING
-1 labu bawang besar } cincang
-2 ulas bawang putih } cincang
-minyak masak
-1 biji tomato
-2 sudu besar sos tomato
-1 susu kecil sos cili
-isi ayam , isi udang , daging (sukahati la nak letak ape)
-daun oregano (kalau takde tak best) . hypermarket mesti ade jualnye
-garam secukup rasa lah

Cara-cara
1. Panas minyak
2. Masuk bawang besar & putih
3. Masuk ayam, udang, daging sampai wangi-wangi sikit
4. Masuk tomato sos
5. Masukkan oregano & garam

ROTI
-500 gm tepung gandum (3 cawan)
-2 sudu susu tepung (tak suke takyah letak)
-1 sudu yeast (wajib!)
-1 sudu gula (aku tak taruk)
-1 sudu marjerin/butter

Cara-cara
1. Gaul tepung & yeast
2. Larutkan garam & gula(kalau nak) dalam air
3. Cairkan marjerin/butter
4. Masuk bahan no (2) & (3) ke dalam adunan (1)
5. Uli sampai adunan licin . bulatkan dan simpan dalam bekas bertutup . lenser sedikit minyak kat bekas tu . biar ia kembang 40-60 minit . (pergi la buat dia punya topping)
Macam ni

6. Kemudian uli semula adunan untuk keluarkan angin (bukan kentut) . Canai adunan jadi leper dan sukahati bentuk kau suka .
7. Cucuk-cucuk dengan garfu dan letak cheese . biar kejap 15 minit .
Gini la aku buat

8. Letak dia punya topping atas permukaan roti pizza . Letak keju lagi sekali. Atas keju tabur lagi oregano. Best . Bakar suhu 180c dalam 15-20 minit . Tak masak lagi masuk balik.
Sedia untuk dibakar

Setelah 20 minit , aku keluarkan . Tak berapa nak masak . Aku masuk lagi 10 minit . Baru masak . Pastu tak ingat nak amik gambar sebab excited nak makan terus potong .

Eheh macam nak tapau pergi skola la pulak . ni nak simpan dalam peti . panaskan esok pulak makan . Aku nak makan sorang 1 petang memang tak habis ler
Selamat melantap

December 3, 2010

Proton Tuah , Proton Lekir, Proton Lekiu, Proton Kasturi, Proton Jebat

Have you heard about Proton Pahlawan ? They called it as a "concept car" or Proton replacement named by the name 5 famous Malay warrior Tuah , Hang Jebat , Lekir , Lekiu and Kasturi . So yeah, the new ones will be replacing all Proton cars in the future . Like whoa Malaysia 2020 katanya , aku tak faham sebenarnya tapi buat-buat faham la..


Proton Tuah

Proton Jebat


Proton Lekir

Proton Lekiu

Proton Kasturi




erk? tiba-tiba interframe. hehe ni dekat perigi hang tuah. kat dalam tu masih ada air. orang cakap air dia bagus banyak khasiat gitu le. entah la aku tak ambik port sangat. kat bawah ni makam tun teja. sejarawati betul aku melawat tempat macam ni hahah


**Kalau aku berjasa-diingati-dikenang-direspect-sampai masuk buku sejarah form 5 cucu cicit nanti, agak-agak diorang time tu ada bagi tak nama Proton Izzati? mahmahmah~

December 2, 2010

Terbang Kang !

Alkisah bermula ceritera apabila sang puteri turun ke langit, eh, naek ke langit berjumpa bidadara hensem bla bla (baca dengan nada mak yong atau wayang kulit). dah dah dah ! kau nak cakap apa sebenarnya ni melalut-lalut sampai awan kumulus dan nimbus nak-nak musim tengkujuh (dah nak masuk musim tenglapan dah pun) yang hari-hari hujan banjir nya idak. wei, semua orang tanak banjir ko nak pulak ea. best ape, boleh pergi main air banjir. bajet-pergi-la. bajet. padahal dok terkurung dalam rumah nak tengok matahari ikut tingkap pun malas sampai mak aku cakap kalau setahun kau berkurung macam ni boleh putih melepak kau. ciskek betul mak aku.


inilah bagaimana rupa banjir berdekatan rumah aku. perasan tak rumah tu tiang tinggi sebab memang sini tempat senang belaku banjir. rumah aku tak kena sebab dekat tanah lebih tinggi. *rumah kau sejuk macam tanah tinggi cameroon ke?*

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan


Tu baru selingan. selingan ke mukaddimah? yang tak berkait langsung. cerita-related-to-tajuk pendek je sebenarnya. selepas aku belajar kereta kat sekolah memandu syahbandar dekat tempat aku study, aku tak pernah lagi bawak kereta ayahanda aku yang mana gearnya manual. so, hari raya haji haritu aku ajak la abang aku teman aku bawak kereta tu. maseh tak berani bawak sorang-sorang time tu. bawak la pergi bandar. pergi pasaraya bla bla situ sini. lepas tu, pergi pasar besar barang-barang basah beli barang dapur mak aku. parking dekat kawasan yang agak berbukit sedikit.


Lepas siap beli, aku start kereta. start, nak gerak je mati. start lagi, gerak je mati. aku dah macam, ee bencinya ! abang aku pun tarik handbreak sebab situ bukit sikit. start enjin balik. then, abang aku suh aku tekan minyak and of course naikkan cluth skali kan dan dia tukang turun handbreak. gila la kau dua driver kot. aku ni tak tau la gelabah kot buat naik sikit je cluth (aku rasa dah banyak dah naik) tapi minyak punya la tekan. gila bunyi macam kereta proton dekat f1. tapi kereta tak gerak. haha.

Pastu ade la sorang brader ni kiri kanan pimpin anak menuju ke pasar, bini suruh pergi beli sayur la tu. dan dia dengan selamba lalu kot kereta aku, time tu buka tingkap tak pasang air cond. dia cakap apa? dia cakap
terbang kang dengan wajah yang sangat cool selamba. masa tu aku rasa nak baling-baling je stereng kereta atas muka beliau. haaha.

**kalau lepas dia cakap, tiba-tiba kereta aku keluar sayap terbang. aku rasa dia (dengan anak-anak sekali) terlopong keluar biji mata sambil cakap masinnya mulut ayah.

December 1, 2010

Apa Masalah Dia Sebenarnya?

Siapa tahu video miming paling popular di abad facebook masa kini? Okay, first time aku tengok video ni kawan aku yang share. pastu kitorang tengok sama-sama. masa tengok-tengok tu, kitorang gelak-gelak and cakap bongok-bongok dia ni sebab memang bongok tak boleh blah gila tapi kitorang layan je sebab time tu tengah study week kot. tengah stress study (konon) so, memerlukan hiburan yang tak terlampau sebab time tu kitorang dah tak mampu senyum sebab dok ngadap buku je doplohpatjam dan tak berkomunikasi sesama sendiri. (tipu tipu tipu kau tipu, padahal berpoya-poya je study week tu !)

Dalam pada dok tengok-tengok tu, each of us keep wondering, si tukang miming tu laki ke pompuan sebab dia pakai tudung pastu pakai cap atas tudung and lukis misai berserta janggut sekali.

"eh, dia ni laki ke pompuan ah..."
"laki la takkan pompuan buat kerja cani..." (orang pompuan buat kerja cerdik je?)
"pompuan la wey, tengok dia ada tulang pipi..."
"a'aa la wey, gile pompuan ni.."
"weyy, pompuan ekk? bodohnya beliau.."

Antara sedutan dialog kitorang yang aku ingat dan yang sesuai ditulis sahaja. gambar kat bawah ni yang aku print screen dari himpunan video dia dekat you tube. sekarang ni banyak dah lagu dia miming dan aku pasti dia sendiri yang upload menggunakan akaun you tube beliau. dia gelarkan diri dia cikgu shida dari parit. ooo, deme orang perak ghupenye. semua video dia tak boleh comment dan tak boleh download sebab embed code disabled by request. dia la yang setting kan. btw, aku jakun tak tau cara lain nak muaturun video youtube selain guna youtube downloader. ade ke? kalau ada jangan gelak aku.


kalau first time tengok, agak-agak korang cakap laki ke pompuan?

Selepas aku godek-godek you tube, aku jumpa la satu video dia yang bukan miming. oh, confirm dia pompuan dan dia adalah cikgu budak sekolah rendah ajar muzik. aku agak umor dia lewat 30-an dan tak kawin lagi. dia jugak ada page untuk di
like kat facebook dimana yang ini dia yang create. dan, tak ketinggalan ade page anti beliau dimana pelbagai cacian dan tohmahan ade kat sini. ye lar, buat kerja macam ni mana orang tak kutuk. dia ni kira mengaibkan diri sendiri la kan. sebab aib tu melingkari maksud maruah. dan dia macam tak menjaga maruah diri.

Ade dia miming lagu maher zain (lagu feberet kesukaan mak aku tuh), kalo la aku tunjuk mak aku mesti gelak-gelak guling habeskan ketawa dulu pastu baru marah-marah maki hentam keromo beliau, sebab memang tak tahan nak gelak dowh kalau tengok! btw, yang ini pun gila tak boleh blah.

Jadi, apa masalah dia sebenarnya. eh bukan-bukan, kenapa dia buat benda ni? ape yang menyebabkan dia? tujuan apa? tiada tujuan? suka-suka? suka hati? suka hati dia lah kan. ada aku kesah? memang aku kesah