Oh Gelang Tangan
Masa sem 1, lepas raya puasa. alkisah time raya tu mak aku telah menggedik menyuruh aku dan adik aku si timah pakai segala rantai emas leher dan tangan. sejak dari umor 3 tahun lagi begini dimana tatkala menjelang hari raya ke-14 mak aku bagi arahan "berus segala barang kemas kamu menggunakan berus gigi buruk berserta colgate(dulu) tapi sekarang mukmin. dijamin-halal-oleh-Jakim.
Tujuan dia untuk bagi rantai tu berkilat balik sebab dah kena daki-daki kat badan mengikut teori mak aku. makanya aku dan adik aku 2 beranak pun ikut le arahan. dulu-dulu patuh la sebab sekolah rendah tak boleh pakai barang kemas. tapi dalam hati "ala tak boleh menunjuk kat kawan-kawan sekolah".
Lepas raya tahun lepas, entah macam mana aku tak ingat buka rantai tangan sebelum balik U. mak aku pun tak ingat nak ingatkan. rantai leher memang aku pakai-buang-pakai balik. selepas exam final sem 1, aku ada join xpdc panjat Gunung Ledang. so, aku buka la gelang tu letak dalam kotak atas meja solek rumah kakak aku. seingat-ingat aku memang aku letak situ. lepas tu cek-cek tak ada. aku dah gubra. adess. camana ni. cari-cari memang takde. akak aku pun pelik sebab dia tak buka pun kotak tu.
Ke aku letak mana? takkk aku letak situ. balik kampung cuti sem + raya haji mak aku tanya mana gelang. pucat sikit. aku jawab tertinggal. jaga elok-elok bukan 2 posen beli tu. ujar mak aku suriyus.
Balik U and then cuti balik kampung lagi. mak aku tanya lagi. aku cakap tertinggal. "ala adee" sambil sengeh-sengeh. aku rasa berdosa di situ. dan persoalan tu berulang-ulang setiap kali aku balik. tapi mak aku dah curiga. aku pun tak tau nak cakap cemana. curiga-curiga pun raya aritu suruh aku pakai gelang jugak yang spare ke dia amik mana. nampaknya mak aku masih menaruh kepercayaan aku menjaga harta.
Hitung-hitung dah cukup setahun aku berdolak-dalik. ciss. tanggung dosa. maka tadi mak aku tanya lagi aku pun berterus-terang dengan muka sememeh aku. mak aku pun "aku dah agaaak dah budak ni dari haritu lagi" bla bla bebel-bebel sikit.
Aku : nati kijo ore gati ke mak hok mahal lagi ehh (nanti kerja orang ganti kat mak gelang yang lagi mahal lah)
Mak : aku ingat tuh aku ingat sambil beliau sengeh-sengeh

Gelang tu lebih kurang camni la ada campur emas putih sikit. tapi yang aku lagi lawa la(nak jugaaaaak).
Ok kalau ada sesiapa yang terjumpa di mana-mana jangan amek eh. terus bagi kat aku tau. tapi sememangnya ini adalah harapan palsu. kalau jumpa safe duit gaji aku(ini 2 tahun akan datang). kihkih. tapi janji sudah di meterai menurut mak aku. aku akan ganti. wuwuwu. salah aku jugak. apa salah aku?Ampun Makkk
No comments:
Post a Comment