December 17, 2010

2 minggu lagi aduhai

oh tidak ! tidak ! cuti sudah mau habes. lebih kurang 2 minggu sahaja lagi aku dapat berheaven di rumah. seriyes heaven. kenapa? sebab aku tak perlu fikir duniawi. ye la kata heaven. oh tidaklah begitu sebenarnya. yang pasti aku suka walaupun kadang-kadang bosan. aku suka duduk rumah sebab :

- tak ada kelas, pastilah kan. nama pun cuti

- hari-hari boleh bangun lambat. kalau dok U weekend dengan hari kelas lambat je lah bangun lambat. setakat ini kelas paling lambat 10.30 a.m.

- tak perlu pakai tudung sauk cardigan time nak makan. dok kolej turun makan cafe. wajibla tutup orat kan

- tak payah tahan kerongkong makan makanan cafe yang super duper boring tambah-tambah masakan panas yang semakin lama semakin buruk benor rasanya tambah-tambah lagi kedai siam feberat dah lari balik thai. got no choices ! tak sure pulak diorang penyokong baju merah ke putih. ke tak berbaju? buffet tengahari ok la lagi bagi aku tapi jarang sangat sebab tengahari dok fakulti

- boleh o9 doplohpat jam pakai stimik yang lari agak laju berbanding wireless U. ok la dia bagi wifi aku dah sujud syukur. tak sanggup aku nak memelihara berukband yang mana rata-rata pengguna berukband dari pelbagai cap mengomel akan tahap kelembapan di kawasan shah alam

- juga boleh buka facebook, you tube dan lain-lain website yang di block oleh uitm (pada hari kerja office hour) pada bila-bila masa mahu tanpa tunggu 5.00 p.m dan weekend. walaupun aku bukanlah peminat ketat-obses-fanatic facebook. iyee ke?

- boleh buka peti sejuk bila-bila masa anda mau

- tak payah berus sental baju pakai tangan

- tak payah berebut naik bus, jalan kaki balik kelas ngadap matahari petang panas kau tahu.

Situasi pagi isnin( hari ni girls digalak pakai baju kurung) di pondok menunggu bas uitm : para pelajar kelihatan ayu semuanya mengenakan pakaian tradisional melayu dipadankan dengan shawl yang dililit sampai nak terbelit. ciri-ciri wanita melayu terakhir jelas kelihatan lebih-lebih lagi apabila mereka membawa file(kosong) yang dipeluk di perut. nampaknya mereka sangat teruja untuk menghadiri kuliah yang bermula pada 8.30 a.m kerana masih ramai kat bus stop time tu tunggu bas. dan tidak semena-mena keayuan sekelip mata hilang apabila mereka ternampak kelibat bas sejauh 300 m. gila time nih semua dah transform jadi resaksa gorgon nak mengamuk ! termasuk aku jugak ! miahaha. bila lagi kan? pagi-pagi dah ada terapi sebelom masuk lecture. cool aite? tak cooooool !!

Juga jumpa monyet odw ke fakulti. monyet-monyet bijak, sebab masuk u

**apsal aku macam suka letak gambar monyet je**

**actually, aku tak adalah berkira sangat dengan hal-hal di atas. tu bukan semuanya aku tulis senaraikan. sebab idea dari akal tak datang. tapi jika anda bertanya atau membuat survey kepada mahasiswa/i, majoriti sangat bersetuju barangkali. duduk rumah mempercepatkan kadar pengaratan otak dan melemahkan sendi-sendi jari sebab lama tak pegang pen. bluek ! poyo kau ! booo sama dia !! yang pasti aku tak beli tiket lagi. tak mau, tak mau

No comments:

Post a Comment