December 2, 2010

Terbang Kang !

Alkisah bermula ceritera apabila sang puteri turun ke langit, eh, naek ke langit berjumpa bidadara hensem bla bla (baca dengan nada mak yong atau wayang kulit). dah dah dah ! kau nak cakap apa sebenarnya ni melalut-lalut sampai awan kumulus dan nimbus nak-nak musim tengkujuh (dah nak masuk musim tenglapan dah pun) yang hari-hari hujan banjir nya idak. wei, semua orang tanak banjir ko nak pulak ea. best ape, boleh pergi main air banjir. bajet-pergi-la. bajet. padahal dok terkurung dalam rumah nak tengok matahari ikut tingkap pun malas sampai mak aku cakap kalau setahun kau berkurung macam ni boleh putih melepak kau. ciskek betul mak aku.


inilah bagaimana rupa banjir berdekatan rumah aku. perasan tak rumah tu tiang tinggi sebab memang sini tempat senang belaku banjir. rumah aku tak kena sebab dekat tanah lebih tinggi. *rumah kau sejuk macam tanah tinggi cameroon ke?*

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan


Tu baru selingan. selingan ke mukaddimah? yang tak berkait langsung. cerita-related-to-tajuk pendek je sebenarnya. selepas aku belajar kereta kat sekolah memandu syahbandar dekat tempat aku study, aku tak pernah lagi bawak kereta ayahanda aku yang mana gearnya manual. so, hari raya haji haritu aku ajak la abang aku teman aku bawak kereta tu. maseh tak berani bawak sorang-sorang time tu. bawak la pergi bandar. pergi pasaraya bla bla situ sini. lepas tu, pergi pasar besar barang-barang basah beli barang dapur mak aku. parking dekat kawasan yang agak berbukit sedikit.


Lepas siap beli, aku start kereta. start, nak gerak je mati. start lagi, gerak je mati. aku dah macam, ee bencinya ! abang aku pun tarik handbreak sebab situ bukit sikit. start enjin balik. then, abang aku suh aku tekan minyak and of course naikkan cluth skali kan dan dia tukang turun handbreak. gila la kau dua driver kot. aku ni tak tau la gelabah kot buat naik sikit je cluth (aku rasa dah banyak dah naik) tapi minyak punya la tekan. gila bunyi macam kereta proton dekat f1. tapi kereta tak gerak. haha.

Pastu ade la sorang brader ni kiri kanan pimpin anak menuju ke pasar, bini suruh pergi beli sayur la tu. dan dia dengan selamba lalu kot kereta aku, time tu buka tingkap tak pasang air cond. dia cakap apa? dia cakap
terbang kang dengan wajah yang sangat cool selamba. masa tu aku rasa nak baling-baling je stereng kereta atas muka beliau. haaha.

**kalau lepas dia cakap, tiba-tiba kereta aku keluar sayap terbang. aku rasa dia (dengan anak-anak sekali) terlopong keluar biji mata sambil cakap masinnya mulut ayah.

No comments:

Post a Comment