December 13, 2010

Kilogram

Cita-cita cuti sem. nak makan banyak sikit and non-stop. means, lepas makan nasi aku makan lagi, depan laptop ade makanan. haa kantoi makan dalam bilik. salah ke? tapi cara aku guna pakai tu tak tau betul dan berkesan ke tak. main hentam je. tujuan, nak tambah berat la. aku ni underweight ringan sangat ribut cikit dah terbang kot. BMI aku 17 which is < 18.5 maknanya underweight.

Selepas 2 minggu 4 hari aku mengamalkan cara pemakanan sedemikian yang entah betul entah tidak janji aku cuba makan banyak, maka aku pun timbang la. ohh agak hampa. kalau naik 500 g pun aku dah cukup bersyukur tapi, you know MANTAIN sahaja. tsssk sodih eden lagu ni. tinggi nya metabolik kau. tapi, aku tetap syukur-syukur-syukur kerana masih di beri kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t. bukan ape aku tengok diorang ni cuti sem baru seminggu dah kecoh berat naik. wa nak gak kecoh. lagi satu aku dah la dok rumah mana guna energy nak naik turun bukit bangunan macam kat U. pendek kata memang rilekss til the max lah! kalau ada lemak memang tak terbakar lah ! ade lemak ke? kalau naik sikitt pun ok la.


Kalau nak banding gaya hidup dari segi pemakanan pun agak berbeza kat U. time lunch pukul 10 pukul 11 (awal lunch?) kat fakulti makan burger, buah-buah, kuih muih, roti canai gitu je. breakfast sebelum pergi kelas aku buat air milo je. kadang-kadang tak menyempat pun sebab bangun lewat. tehee. kat sana 2 3 hari je dalam seminggu makan nasi 2 kali. hari-hari lain 1 kali je time makan malam. kat rumah, pagi nasi, petang nasi, malam nasi. lepas makan duduk diam ngadap laptop. in between tu makan macam-macam lagi aku suh mak aku beli kueh le. aku wat kueh le. ehh, rajin jugak kau eh. tehee. tapi, tak naik jugak.

Maybe baru 2 minggu kot. takpe aku try tengok akhir bulan ni. tak best nye buat eksperiment kalau tak mencapai objective yang diramalkan. kan? ala macam kat report eksperiment tu, the objective of the experiment does not achived. kalau aku, suka objective not achieved sebab banyak modal nak tulis dekat discussion. itu dulu la masa darjah 3. ngek ! ok abaikan aku merapu.Aku pernah 2 kali mencapai berat ideal. cehh, ideal kau. first time form 3, aku dapat 47kg. happy siot lepas timbang. tapi aku tak merancang pun pemakanan aku untuk gaining weight tapi mak cik dewan makan yang tolong scedule kan. mahmahmah terima kasih macik. lepas tu form 4 aku pindah sekolah berat jadi cam asal balik 42-43 kg. 2nd time pulak setelah 3 bulan aku dok matrik berat aku 48kg, pergi rumah makcik aku dia pun tegur nampak berisi. ooh gembira aku. lepas beberapa bulan turun balik. ingat-ingat sem 2 kat U aku timbang 43.2kg. semalam timbang 42kg. ohh myy. keding nye aku. tapi lagi sekali, syukur-syukur-syukur aku sihat. aku tak sakit-sakit.


No comments:

Post a Comment