December 12, 2010

Resuck or Result?

Jumaat lepas, 10/12/2010 result exam aku untuk semester III telah di released dengan jayanya. tak leh blah betul ayat. tapi, aku tak excited terhegeh-hegeh nak tengok. tapi perasaan gila serabai cuak gila ape la jadi ngan result aku ni. sebab apa tak excited? sebab dari pengalaman lampau traffic website student portal UiTM sangat sesak dan suck time result keluar. ok jangan saman saya berkata begini, ampun. ini hanya kritikan membina dari saya wakil student lain jugak. sem lepas, 1 hari lebih-lebih baru aku dapat tengok result. dok refresh je student portal. memang haus F5 kat keyboard lappy.

Hari khamis sehari sebelum result dalam pukul 12, ade update status fb "result dah keluar, cek la". erk, bukan esok ke. maka aku pun sapantas kilat masuk student portal. oh hampa. takleh masuk dah busy. just keep trying. tak boleh. malas dah. ade orang cakap UiTM terlepas awal result. ade la yang sempat cek. pastu dah takleh. malam tu aku bukak page dia cakap nak hantar email result by 9.30 pm malam tu. oh baguslah ! tapi aku cek tak de pun. pagi esok lepas subuh aku sesaja bukak email mana tau kan, ya Allah, ade email result. mahmahmah. cuak nak mati nak bukak. aku bukak jugak. aku dapat anugerah
timbalan dekan. ade ke? hahaha. pastu aku sambung tidur. pastu mimpi dapat 4 flat. dalam mimpi tu aku dah tau ini tipu. jadi aku tak bangun sambil terpinga-pinga, macam dalam drama melayu tu. nak tengok tak result aku?

Jadi, aku di sini aku sangat berbangga dengan langkah yang telah di ambil UiTM untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas untuk student access student portal time nak tengok result. bayangkan lah student ratusan ribu raban campur cawangan(assume, harap2 betul) nak masuk webpage yang satu tu dilengkapi dengan 3 server. ibarat rakyat 10 ribu semua nak buang
air dalam satu masa sahaja ade 1 pintu utama menuju ke 3 buah jamvan. gitulah kot. thanks sebab email result kitorang! saya sayang UiTM sentiasa di hatiku. ewah2.

http://www.emocutez.com

click to enlarge
4 flat? ehehe. takdelah. ini aku edit result aku sampai jadi sample. takde kerja kan aku.

No comments:

Post a Comment